Saturday, September 14, 2019

Surat Laksamana kepada Francis Light (MS 40320, f. 67) berkenaan penjualan beras (29 Safar)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang daripada Laksamana mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam aman Tuhan sarwa alam 


kemudian dari itu adalah pada dulapan likur hari bulan Safar ini beta sampai ke Kuala Kedah ketika itu sulab Yang Dipertuan Yang Maha Mulia pun keluar hendak ikut beta bermuat beras suruh jual ke Pulau Pinang jika tiada laku di Pulau Pinang murah harga beras disuruh langsung bawa’ ke Perak jual dengan surat beta maka nakhoda sulab itu Cik Ha dan Muhamad Hashim keduanya ini serba salah kerana beta sudah pulang sampai mari maka inilah beta suruh nakhoda kedua ini membawa’ sulab serta beras boleh sahabat beta tolong perlakukan dengan harga yang baiknya hendak suruh langsung ke Perak pun jadi susah banyak kerana banyak orang jahat di laut ini sahabat beta dan  beta boleh susah kemudiannya inilah beta nyatakan perbuat surat ini pada sembilan likur hari bulan Safar tamat

No comments:

Post a Comment