Saturday, September 14, 2019

Surat Wan Fakar kepada James Scott (MS 40320/9, f. 65) berkaitan penghantaran damar

al-Mustahaqq

surat tulus ikhlas daripada adinda Wan Fakar datang kepada kekanda Kapitan Uskut yang teramat pandai pada memerintahkan dengan sahabat handainya selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan nantiasa  kasih dan sayang tiada berkeputusan sampailah gahnya ke mana2 dari atas angin dan ke baruh  angin kedengaran bahana

kemudian dari itu barang tahu kiranya kekanda ahwal maka adalah teman adinda itu bernama Sulung adinda beri pergi pada kekanda antar  damar kiram  dulapan ribu maka khabar Kapitan Lun  kapal Armanani  yang hendak damar itu suda  belayar jika tiada berguna lagi damar itu pada kekanda biarlah dijualnya boleh dia berbalik mari pada adinda dengan segeranya kerana adinda pun hendak pergi pada kekanda pada purnama bulan timbul bawa dagangan mana yang adinda boleh ini sedikit banyak jika kekanda ambil damar itu minta dengan tolong kekanda beri barang dula dulapan rial boleh dia buat belanja mari ahwal itulah adinda nyatakan tamat

No comments:

Post a Comment