Al-Mustahaqqah
surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang
maka adalah surat sahabat beta beri mari pada beta ini pada sepuluh haribulan Zulkaedah maka tiada tentu orang yang membawa surat itu maka jadi berlambatanlah beta balas surat sahabat beta maka tersebut di dalam surat sahabat beta pinta surat tanda wasil sahabat beta pada tahun kehadapan hendak dibayar dengan rial pada tiap2 tahun maka jadi kesukaanlah pada beta perintah itu ini pinta sahabat beta suruh salin daftar segala fasal wasal sahabat beta beri mari pada beta boleh beta buat surat tanda wasal sahabat beta beri pergi akan sahabat beta perbuat surat pada hari Khamis dua likur haribulan Zulkaedah tamat
No comments:
Post a Comment