Sunday, September 22, 2019

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/9, folio 106) berkaitan hutang (17 Rabiul Akhir, Jumaat)

Al-Mustahaqqah

surat tulus ikhlas serta berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana 


ahwal akan piutang sahabat beta pada Tuku Raja Cenak dan Laksamana dan Ngah Penghulu Jamal sahabat beta pinta beta keluarkan itu maka barang yang keluar itu sudah beta beri pergi dahulu maka ini baharu boleh keluar lima ratus rial beta serahkan pada anak beta ini Tengku Awi suruh bawa sampaikan pada sahabat beta maka hendak diperselesaikan segala ini sangatlah diteriaknya kerana duduk di dalam kelaparan maka akan perintah beta hendak suruh buat suatu bangsal di Kuala Perai itu tempat perniagaan sudah dahulu beta beri surat akan sahabat beta maka itulah beta suruh anak beta ini pergi tentukan perintah itu maka sahabat beta pun kata jadi kesukaan hendak tolong beri jadi suatu tempat perniagaan di Kuala Perai itu bermula akan surat beta beri pada Seri Lela Diraja suruh bawa sampaikan pada sahabat beta pinta tolong cahari senapang pakaian yang baik2 jika boleh sahabat beta serahkan beri mari pada Seri Lela Diraja maka surat itu tiada sahabat beta balas lagi bermula akan budak beta nama Mek Ngah yang lari pergi ke Pulau Pinang berjumpa dengan anak beta ini diadukan pada sahabat beta maka sahabat beta suruh ambil serahkan pada Hakim Bandar maka anak beta hendak ambil bawa mari kata Hakim Bandar budak itu sudah lari maka ini lama sudah tiada boleh lagi itu pun sahabat beta bicarakan menurut hukum adat sahabat kerana Mek Ngah itu budak dalam rumah banyak arta  dibawanya pergi demikian lagi budak2 beta yang lain lagi pun jika berjumpa dengan anak beta ini pinta dengan penolong sahabat beta suruh ambil serahkan pada anak beta ini inilah beta nyatakan pergi surat tujuh belas haribulan Rabiul Akhir hari Jumaat tamat

No comments:

Post a Comment