Saturday, September 14, 2019

Surat Laksamana kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 63) berkaitan penjahat di Pulau Bidan (14 Zulhijjah, Isnin)

al-Mustahaqqah

surat kasih sayang tulus ikhlas daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


maka adalah pada empat belas hari bulan Zilhijah  ini mari orang dari Pulau Pinang membawak dagangan serta tuan Haji menumpang dua orang maka orang itu orang Anak Bukit bawak pergi jual beras ke Pulau Pinang mari sampai ke Pulau Bidan berjumpa dengan orang jahat empat buah perahu diambilnya orang ini serta orang kuala sebuah perahu habis dibolehnya kedua buah perahu dengan orangnya dan hartanya pun habis hingga dilepasnya tuan haji ini dua orang dan teman kita di sini seorang jadi tiga orang tuan Haji inilah membawak khabar mari maka sudah beta beri keluar perahu tiga buah maka inilah beta nyatakan pada sahabat beta maka perintah orang jahat ini bukan perintah angkatan perintah orang pencuri maka sahabat beta suruh keluar jaga2 maka ia kalah dari jauh sudah ia tahu maka ia buat kelakuan orang baik mana boleh kita tahu maka inilah beta nyatakan apa rupa bicara sahabat beta akhirnya tiadalah orang berani hendak pergi ke Pulau Pinang jadi kesakitan hamba Allah pergi mencahari makan inilah beta nyatakan pergi surat pada empat belas hari bulan Zilhijah  hari Isnin tamat

No comments:

Post a Comment