Saturday, September 14, 2019

Surat Laksamana kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 64) berkaitan masalah Mek Busu (24 Zulkaedah, Selasa)

Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang tulus ikhlas daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


akan surat sahabat beta beri mari nyatakan perintah Mek Busu sudah sahabat beta mengambil daripada kapal serta sudah periksa siapa yang menjual ianya tiada mau kata benar pinta sahabat beta periksa juga jangan jadi teladan yang kehadapan perintah orang orang jahat itu maulah kita hukum juga akan fasal Busu itu sudah jadi bini orang putih tersebut dalam surat sahabat beta hendak ambil harganya beri itu kesukaan dirinya hendak menjadi bini orang putih tiadalah apa pada beta akan harganya itu beta bayar pada ke bawah Duli baginda lima puluh rial asalnya ianya itu jahat hendak dibunuh baginda maka ini jika betul kapitan lakinya itu dengan harga dua ratus rial sahabat beta terimalah kerana kesalahan dirinya banyak jahat jika tiada suka lakinya itu sahabat beta terimalah ambil Mek Busu itu ahwal inilah beta nyatakan pergi surat pada empat likur hari bulan Zulkaedah hari Selasa tamat

No comments:

Post a Comment