Ya Rahim
Hamba Dato’ Bapu maklumkan sembah pada ke bawah qadam Dato’ Gurnador yang mulia ‘ala al-dawam
ahwal maka adalah salam hamba Dato’ pindah mari ini suatu pun tiada apa qadam Dato’ beri hukum tentukan sesuatu kerja lagi maka hamba Dato’ ini sudahlah tentu mari berhamba diri kepada qadam Dato’ siang dan malam ini hamba Dato’ duduk harab menanti sabda qadam Dato’ sahaja melainkan jika ada limpah ampun hamba Dato’ pohonkan qadam Dato’ beri hukum sesuatu kerja boleh hamba Dato’ kerjakan baik jahat hamba Dato’ dan nyawa badan hamba Dato’ ini sekaliannya terserah kepada qadam Dato’lah mana hukum Dato’ itu semuanya hamba Dato’ junjung kerjakan kalau2 ditolong Tuhan timbul keba’tian hamba Dato’ pada qadam Dato’ sangatlah harab hamba Dato’ ahwal itulah hamba Dato’ maklumkan tamat
No comments:
Post a Comment