Thursday, July 30, 2020

Surat Tengku Kejuruan Japura Langkat kepada Francis Light (MS 40320/11, f.135) berkaitan permintaan modal dan perdagangan bijih

Ya ‘Aziz al-Rahim

Alhamdulillah Rab al-‘alamin wa al-‘aqibat li al-muttaqin wa al-solat wa al-salam ‘ala rasulik sayyidina Muhamad Sayyid al-anbiya’ wa al-mursalin wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in maka diiringi dengan beberapa hormat mulia iaitu daripada Tengku Kejuruan Japura  dari Langkat barang disampaikan Allah apa kiranya kepada sahabat beta iaitu Kapitan Seri Gurnador yang bermakam di bandar Pulau Pinang yang telah beroleh taufiq dan hidayat daripada Tuhan kita hannan al-mannan serta pangkat martabat kebesaran dan kemuliaan dan kekayaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan lagi barang ditambah akan Allah Subhanahu wa Ta’ala pangkat dan darjat fi al-din wa al-dunya wa al-akhirah amin2 thumma amin wa ba’d 

Wednesday, July 29, 2020

Surat Yang Dipertuan Tua Siak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.134) berkaitan perdagangan dengan Pulau Pinang (Selasa 1 Zulhijah 1202 / 2 September 1788)

Qawluhu al-Haqq

Ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada Yang Dipertuan Tua yang ada berhenti dalam negeri Siak Darul Ihsan barang diwasilkan tuan habib al-rahim kiranya kepada sahabat saya Senyor Gurnador yang istirehat al-khair memerintah dalam negeri Pulau Pinang yang amat arif budiman lagi bijaksana pada jalan perintah berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka masyhurlah tersebut nama yang kepujian daripada melimpahkan adil dan kemurahan pada segala dagang qarib dan ba’id maka barang dilanjutkan Allah umur dan zamannya dalam sihat dan afiat amin ya Rab al-‘alamin wa ba’d 

Tuesday, July 28, 2020

Surat Yang Dipertuan Tuha Siak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.133) berkaitan perdagangan opium, kapas dan kain (Khamis, 1 Muharam 1208 / 8 Ogos 1793)

Nur Shams wa al-Qamar

Bahawa ini warqat al-maujud dan wa hadiyyat al-mamdud maka dipesertakan pulak dalamnya tulus dan ikhlas serta suci putih hati yang tiada berhingga dan bermasa selagi ada nubah  perkisaran cakerawala nur shams wa al-qamar iaitu daripada Yang Dipertuan Tuha dalam negeri Siak Pekan Baru barang diwasilkan Allah Tuhan sarwa sekalian alam juga apalah kiranya datang kepada sahabat saya Senyor Gurnador yang ada semayam di atas tahta kerajaan memerintahkan di dalam negeri kota Pulau Pinang Darul Aman wa al-Jinan yang telah beroleh pangkat martabat yang kebesaran dan darjat yang kemuliaan serta sangat arif budiman dan bijaksana daripada melakukan jalan perintah berkasih kasihan atas segala sahabat handai taulannya qarib dan ba’id menjadi termasyhurlah warta ihsannya kepada segala buldan timur dan barat maka sebab perangai dan tabiat yang demikian itu beroleh nama yang kepujian juga ‘ala al-dawam maka saya pohokan kepada Tuhan hannan al-mannnan barang bertambah2 juga kekayaan dan berpanjangan daripada usia umur zamannya dalam sihat dan afiat amin ya rab al-‘alamin wa ya mujib al-sa’ilin wa ba’dah 

Monday, July 27, 2020

Surat Yang Dipertuan Tua Siak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.132) berkaitan perdagangan opium (Selasa, 26 Syawal 1205 / 28 Jun 1791)

Qawluhu al-Haqq

Surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati yang tiada berhingga dan kesudahan selagi ada perkisaran bulan dan matahari iaitu daripada Yang Dipertuan Tua yang ada berhenti dalam negeri ke Siak Darul Ihsan barang disampaikan Tuan  Ilah  al-‘alamin kiranya kepada sahabat saya Senyor Gurnador yang memerintah dalam negeri Pulau Pinang yang amat arif lagi budiman pada jalan perintah berkasih kasihan kepada segala sahabat dan kekasih maka tersebutlah nama yang kepujian kepada tiap2 negeri daripada sangat melimpahkan adil dan kemurahan pada sekalian dagang yang hampir kepadanya maka dipohonkan kepada Tuan  sarwa alam barang dilanjutkan umur dan zaman serta bertambah2 kebesaran dan kemuliaan amin ya rab al-‘alamin wa ba’dah 

Surat Raja Siak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.131) berkaitan pembelian kapal tembaga (21 Ramadhan)

Ini surat tulus ikhlas yang terbit di dalam qian  kalbu iaitu dari dalam Kota Cahaya Permata sampai kepada pihak sahabat kita Komodor  Lat  di Pulau Pinang bahawa sungguhnyalah kita menerima kasih kepada sahabat kita kerana sudah terlihat surat sahabat kita kepada Wan Hasan yang sahabat kita kirimkan kepada maka kita bukakan urainya  maka terhamburlah mutiara kepada tiap2 satarnya maka terbukalah kalbu yang mendengar dia 

Sunday, July 26, 2020

Surat Sultan Alamuddin Shah Siak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.130) berkaitan perdagangan (Sabtu, 27 Jamadil Awal 1206 / 21 Januari 1792)

Ya Fathah al-Qulub

Ya ilahi ya qadiya al-hajat al-salam qabl al-kalam ba’d al-lail wa al-ayyam barakat Muhamad Sayyid al-anam iaitu daripada Seri Sultan Alamudin Shah Raja Muda Siak yang memeritahkan  Siak serta dengan daerahnya teluk rantaunya datang kepada sahabat kita yang istirat  al-khair di dalam negeri Pulau Pinang Darul Aman yang telah beroleh kemuliaan Tuhan Rab al-‘aras  al-‘azim ya khair al-nasirin syahadan berdirilah izzatnya kepada segala hari siang dan malam maka termashurlah  namanya kepada sekalian negeri yang lain dan inilah sihat dengan sejahteranya serta nama yang kebajikan dan amat mengasih dan mengurnia kepada segala gharib dan ba’id serta qarib maka adalah perangai yang dedemikian  itu upama  matahari yang cemerlang cahayanya kepada segala alam dunia ini maka bahawa tamninah  dan jisiah  kita seketika ataupun tiadalah kita peroleh daripada nama lupa dan lalai fi al-lail wa al-ayyam barang dikekalkan Allah kepada pangkat yang kemuliaan dan martabad  yang kebesaran selama daiman muabbad ila yaum al-din kepada menghubungi tali muhibat al-lail wa al-ayyam amin ya rab al-‘alamin kita melayangkan sahifat al-ikhlas wa tahifat al-janas ya rab al-‘alamin wa ba’dah 

Saturday, July 25, 2020

Surat Tengku Raja Pedir, Tengku Kampung Pukat, Tengku Pinang dan Nakhoda Po Gading kepada James Scott (MS 40320/11, f.129) berkaitan perdagangan

Qawluhu al-Haqq

Hijrat nabi salla Allah ‘alaih wa sallam seribu dua ratus lima tahun pada bulan Rabiul Awal dua puluh dua hari bulan pada masa itu salam doa banyak2 iaitu daripada Tengku Raja Pedir dan Tengku Kampung Pukat dan Tengku Pinang dan Nakhoda Po Gading barang disampaikan Allah kiranya kepada Datuk Kapitan Uskut 

Friday, July 24, 2020

Surat Tengku Muda Muhammad Sa'id Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.128) berkaitan perdagangan dan pembelian senjata

Ya Qadi al-Hajat

Fa hazihi waqat  al-ikkhlas wa tuhfat al-ajnas serta tulus ikhlas dengan suci hati daripada Tengku Muda Muhamad Said yang duduk di nenggeri  Aceh pada daerah bandar Teluk Semawi barang diwasilkan Tuhan kita yang menjadikan sembah sekalian alam kepada mahabat kita senyor Gunador kiyani tuan yang amat setiawan lagi demawan  serta arif bijaksana daripada memerintahkan berkasihan2 kepada segala sahabat handai taulannya yang mengasihani2 anak dagang yang keluar masuk di dalam nenggerinya  lagi limpah dengan murah hati pada segala fakir dan miskin qarib dan ba’id maka diumpamakan seperti sepohon kayu yang besar lagi tingginya di tengah padang amat rompak  lagi rendang daunnya dan harum bauannya bunganya dan manis buahnya maka berpawunglah  di bawahnya segala hamba Allah yang pergi datang maka masyhurlah warta ihsan hal keadaannya yang demikian itu pada segala bandar nenggeri  yang lain itupun maka sekalian pumqujak  syukurlah sekalian itu bangadahkan  tangannya kedua ke langit barang dikekalkan Tuhan kita jua apa kiranya pekerjaannya yang demikian itu adanya wa ba’d 

Surat Nakhoda Po Ali kepada Francis Light (MS 40320/11, f.127) berkaitan perdagangan (Jumaat, 10 Muharam 1205 / 17 September 1790)

Ini surat serta tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada antaranya tirai dan hijab dalamnya iaitu daripada Nakhoda Po Ali yang ditariangkan  oleh unggas  bulbul dengan ragam syauq al-ta’ifin yajri alaikum al-dawam barang diwasilkan Tuhan ‘Azza wa Jalla jua kiranya kepada pihak sahabat kami yang ada sekarang sihat dan afiat Datuk Gurnador Raja yang di dalam Pulau Pinang yang telah termasyhur gah namanya yang kepujian dan telah terdirilah panji2 adilnya pada segala negeri seputar alam dunia ini adalah seperti misk al-adapur  man sama al-‘atir  yang amat wadih ka diya` al-qamar wa al-nujum maka cemerlanglah cahayanya di dalam alam dunia ini pada menolongi segala anak dagang yang bernawan  di dalam negeri Pulau Pinang dan pada mengasih segala faqir dan miskin dan menyayangi segala yang teraniaya barang ditetabkan  Tuhan Ilah al-Rahman jua kiranya perangai yang demikian selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan awan dan bintang dan barang ditambahkan Allah Ta’ala jua kiranya  martabat yang kemuliaan dan kebesaran dan ketinggian selagi ada hayat umur zamannya amin 

Surat Tengku Muda Muhamad Saat Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.126) berkaitan dagangan pinang, lada, beras dan kain

Qawluh al-Haq walau Kunna
 
Salam doa serta takzim dan [tak]rim  iaitu daripada Tengku Muda Muhamad Sya’at  Teluk Semawi barang disampaikan Allah Subhanah Wa Ta’ala kiranya kepada pihak sahabat Gunador Pulau Pinang setelah dipeliharakan Allah iman serta amalnya barang ditetapkan Allah Ta’ala akan sahabat kita 

Surat Tengku Muda Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.125) berkaitan serangan Aceh di Teluk Semawi dan pembelian meriam (27 February 1788)

Ya Qadiya al-Hajat

Alhamdulillah Rab al-‘alamin hadaina binur al-‘irfan wa zahara lana sidq lana risalat bi al-hajat Muhammad Mustafa sallallah ‘alaih wa sallam bahawa inilah surat sahifat al-ikhlas iaitu daripada Tengku Muda Teluk Semawi empunya salam al-tam bi al-tahiyyat serta rindu dan dendam yang dihiasi dengan doa dan beberapa pulak kasih dan sayang serta dengan hormat dan mulia serta dilayangkan burung bul2 sekeping kertas sebelah daerah timur ke atas riba sahabat hamba Gurnador Pulau Pinang yang telah ada hayat sekarang terlebih khurnia  daripada Tuhannya Malik al-Jabbar mandar  al-dunya ila dar al-akhirat amin ya rab al-‘alamin 

Thursday, July 23, 2020

Surat Tengku Muda Muhamad Sa'at Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.124) berkaitan kapal2 yang tiba di Teluk Semawi dan permintaan barang dagangan

Qawluhu al-Haqq

Ini tulus dan ihlas  syerta  suci hati yang tiada terjangka dan tiada bermasa selagi ada kiranya peredaran cakerawala nur al-shams wa al-maqub dan syerta  perkisaran malam dan siang iaitu daripada hati barang disampaikan oleh Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya kepada sahabat Gunnador  Pulau Pinang yang boleh kebesyaran  dan kemiliaan yang memerintahkan bandar dalam nenggeri  Pulau Pinang dan yang mengasih segala dagang wa al-ba’d maka adalah umpamakan syeperti  sepohon kayu di ta  tengah padang yang rompok lagi rendang daunnya dan syerta  harum baunya maka sekalian pun bernaunglah di bawahnya kepada ketika tengah hari maka sekalian burung pun makanlah buahnya maka angin pun bertiuplah dengan lembah lembah  maka berhamburlah baunya yang amat lazat maka merasalah kepada segala anggota akan mengucap sukurlah  sekalian yang bernaung di bawahnya ini maka masyahurlah  wartanya kepada segala alam sebab mendengar perangai yang demikian itu maka rindulah kasta  inilah akan genta2 surat kita ini dan lagi arif  bijaksana kepada memerintahkan kepada berkasih kasihan antara sahabat dan handai dan taulannya wa ba’d kemudian dari itu akan surat ini daripda Tengku Muda Muhamad Sa’at dari Teluk Semawi setelah selamat sempurna sampai kepada Gunnador  Pulau Pinang dengan sejahteranya maka membukalah dengan hati yang suci dan muka yang jernih maka terhamburlah daripada lipatnya dan meterinya maka tatapilah daripada sekalian barisnya maka terhamburlah daripada perkataannya yang lemah lembut maka teranglah telinga segala yang mendengarkan dia syerta terbukalah hati saya mendengarkan perkataan yang teguh tersebut di dalam surat tan  ini amma ba’d 

Surat Tengku Muda Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.123) berkaitan masalah peperangan dan penghataran lada

Ya Qadiya al-Hajat

Ini alamat surat tulus ikhlas serta dengan suci hati yang putih lagi jernih amat hening daripada Tengku Muda yang ada berhenti di dalam Teluk Semawi barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya kepada sahabat sahaya Datuk Gurnador yang ada duduk di dalam bandar Pulau Pinang maqam al-darajat yang beroleh pangkat kelebihan serta nama ihsan kemurahan yang amat masyhur kepada segala bandar yang dipuji oleh segala dagang dekat dan yang jauh pada ahli memerintahkan segala handai dan taulan dan segala sahabatnya dan kasihan akan segala mengibarkan alam yang makmur atas dagang yang berniaga serta anak piatu dan yatim faqir miskin yang tiada berkesudahan datang perginya ke Pulau Pinang ini min dar al-dunya ila dar al-akhirat amin ya rab al-‘alamin amma ba’d 

Wednesday, July 22, 2020

Surat Datuk Bendahara Putih Minagkabau kepada Mister Crisps (MS 40320/11, f.122) berkaitan hubungannya dengan kompeni Inggeris (1799)

Alhamdulillah Sultan al-fadil al-zahid al-amin al-bar al-bahir mala’ zu al-saghair wa al-kaba’ir jamal al-du’a wa kamal mahasinuh al-bar ya ma’dan al-fadl wa al-‘ataya jamal al-millat ‘ala’ al-din wa ‘ala al-hamah jalal al-dunya wa al-din ‘imad al-malik wa al-shayatin shams al-islam nashir al-lu’ al-‘adl ‘ala al-mazalim kahf al-fuqara’ wa al-masakin wa iqam al-sultan al-malik al-‘alam bi nusrat rab al-‘alamin seperti firman Allah Ta’ala dalam Quran al-‘azim al-rahman ‘allam al-Quran khalaq al-insan ‘allamah al-bayan wa al-shams wa al-qamar maka diturunkan Allah Ta’ala raja itu belum turun ke dunia lagi awang  kemawang  maka befirman  Allah Ta’ala khalaqna al-jin wa al-ins maka jadilah jin dan manusia maka diturunkan Allah Ta’ala seekor burung nasar  lagi tahu berkata2 masa itu mencari tanah daratan ialah yang bernama Pulau Langkapur antara Palembang dengan Jambi seorang bernama Simaharaja Alif seorang bernama Simaharaja Dipang seorang bernama Simaharaja Diraja ialah anak cucu Raja Iskandar Zulqarnain khalifat Allah fi al-‘alam Johan Berdaulat bi ‘inayat salamahu Allah ‘ala al-dawam bibarakat Muhammad Sayyid al-anam amin ya rab al-‘alamin maka bertiuplah angin daripada pimtu  nafas Rahman daripada tanam tanaman syurga jannat al-firdaus maka terkibarlah bauan yang harum firasat yang mulia terbukalah fuad qalbi yang hakiki terlebih daripada cahaya bulan dan matahari ialah sultan yang menaruh makota  dan qamar ialah sultan yang menaruh tanam sepesan lagi memintakkan darinya sepintak setahun ialah sultan yang menaruh lembing  lembuar  dan tetaran  segera ialah sultan yang menaruh emas jatuh jati patah dalak pendakangnya ialah sultan yang menaruh nak taran ialah sultan yang menaruh corak cemandang kiri sumbangnya seratus sembilan puluh pemancung sakti mona ialah sultan yang menaruh kaya kamat yang dibahagi tiga bahagi ucapnya di negeri China pangkornya di benua Rom pertengahan ialah pada Sultan Iskandar Zulqarnain wa ba’d 

Tuesday, July 21, 2020

Surat Dato Baginda Qadi Nan Tiga Lurah kepada Tuan Komandor, Tuanku Panglima dan Marah Bongsu di Padang (MS 40320/11, f.121) berkaitan hubungan dagang (1800)

Qawluhu al-Haqq

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-salat wa al-salam ‘ala sayyidina Muhammad wa alihi wa sahbihi ajma’in amma ba’du 

Surat Panglima Raja Johan dan Penghulu Yang Dua Belas Padang kepada Komander Mistakul dan Kanasir yang Empat (MS 40320/11, f.119 & f.120) berkaitan masalah yang berlaku di Padang dan Bengkulu (18 Jamadil Akhir 1196 Tahun2 Waw / 31 Mei 1782)

(MS 40320/11, f.120)

Ya Rahmat lil ‘alamin

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta tabi banyak2 daripada pihak Tuanku Panglima Raja Johan dan segala Penghulu2 Yang Dua Belas dalam negeri Padang maka barang disampaikan Allah Subnahanahu Wa Ta’ala datang ke bawah duli hadrat Tuan Komandor Mistakul  dan serta Kanasir2  yang Empat yang duduk dalam bicara kompeni Inggeris dalam negeri Bengkulu  syahadan ialah yang mengampukan  segala pekerjaan alam ini dan yang memerintahkan sekalian negeri dan bandar yang besar maka termasyhurlah warta adilnya yang amat kemurahan maka menerima syukurlah segala raja2 dan orang yang besar2 yang bersuasa di bawah perintahnya serta menadahkan tangan meminta doa kepada Tuhan Rab al-‘Arsh al-‘Azim bahawa barang dilanjutkan Allah tawil usia umur Tuan Komandor dan serta Kanasir2 Yang Empat di Bengkulu jua adanya amin wa ba’dah 

Monday, July 20, 2020

Surat Sultan Muda Perak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.118) berkaitan hubungan Perak dengan Pulau Pinang (Jumaat, 3 Zulkaedah 1201 / 17 Ogos 1787)

al-Samsu  wa al-Qamar

al-Hamdu lillah allazi saraf al-mukminin bi sarif al-iman al-salat wa al-salam ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sahbihi wa sallam bibarakat al-nabiy sayyid al-anbiya’ amin ya ilah al-‘alamin way a khayr al-nasirin bi al-tahiyyat wa al-ikram ma’a al-du’a istijabat tajri ‘alaykum al-dawam fi al-layl wa al-ayyam kasih yang tiada berkeputusan dan mesara yang tiada berkesudahan daripada pihak martabat al-‘aziz Paduka Seri Sultan Muda yang memerintahkan tahta  singgasana  kerajaan Duli Yang Dipertuan dalam negeri Perak Darul Ridhuan barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya pada Gurnador yang memerintahkan tadbir dalam negeri Kota Pulau Pinang yang arif bijaksana pada jalan melakukan kesukaan dan muafakat serta berkasih kasihan akan menjadi kebajikan pada masriq dan maghrib 

Surat Sultan Selangor kepada Sultan Abdullah Kedah (MS 40320/11, f.117) berkaitan orang-orang Bernam di Kedah (1201H / 1786/1787M)

Alhamdulillah allazi hamdan yuwafi ni’amah wa yukafi mazidah ya rabbana laka al-hamd wa ba’dah al-sultan al-‘adil al-karim wa al-malik al-rahim wa al-kamil al-hakim zauj al-malih wa al-lisan al-fasih al-mujahidin tahta al-rih iaitu daripada hadrat Seri Paduka Adinda Sayidina wa Maulaina yang di atas tahta  singgasana  kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus khallada Allah Mulkah wa ayyad ‘adlah wa kamalah wa dawlatah wa zad fadlah bahawa inilah warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada kebun  kalbu yang bernama safaf dengan beberapa patah kata2 pada menyatakan beberapa salam al-tam bi al-tahiyyat wa al-du’a al-‘izam serta dihiasi dengan takzim dan takrim yang terbit daripada fawq al-sama’ wa al-nur cahayanya gilang gemilang laksana jawhar al-maknun wa al-marjan yang diterbangkan unggas bulbul dengan ragam syauq al-ta’ifin yajurr ‘alaykum al-dawam barang diwasilkan Tuhan Hannan al-Mannan jua kiranya kepada hadrat Seri Paduka kekanda Sultan Abdullah yang di atas tahta  singgasana  kerajaan di dalam bandar negeri Kedah Darul Aman al-Sultan al-Mu’azzim wa al-haqan al-mukram wa huwa habibuna wa shafi’una barang dawam kiranya di dalam bandar ‘izam yang mu’azzam al-masyhur fi al-dar pada mendirikan panji2 adilnya dengan berkat Nabi akhir al-zaman kepada pihak ‘ayn al-a’yan yang telah dimuliakan Tuhan sarwa alam pada martabat yang terbilang daripada kebesaran yang telah beroleh hidayat dan ‘inayat daripada Tuhan yang mengadakan segala yang maujud berkat Muhamad Sayyid  al-kainat amin ya Rab al-Ard wa al-samawat dan yang Maha Tinggi kemuliaan dengan tinggikan Tuhan ‘Azza wa Jalla daripada segala makhluk adalah seumpama shams dan qamar yang baharu terbit cemerlang cahayanya memenuhi alam dunia ini berkat Muhamad Sayid al-Mursalin amin ya Rab al-mutahhirin takrif wa al-dawam khatir al-khatir wa fuad al-munir yang maha gilang gemilang yang masyhur bayna al-‘arab wa al-‘ajam yang senantiasa berlakukan perintah pada segala manusia hingga jadi kebajikan pada segala negeri wa ba’dah 

Sunday, July 19, 2020

Surat Yang Dipertuan Nan Besar Minangkabau (MS 40320/11, f.116) berkaitan masalah dengan Belanda

Qul al-haq wa lau kan murran
Qul al-haq wa lau kan murran
Qul al-haq wa lau kan murran

Bahawa inilah surat warkat al-ikhlas yang telah termazkur dalam daerah negeri Pagar Ruyung iaitu daulat yang Dipertuan Nan Besar Nan Sepeti di dalam alam Minangkabau 

Surat Dato Bendahara Putih Sungai Terab kepada Orang Kaya Ampang Lima dan Penghulu Nan Dua Belas negeri Padang (MS 40320/11, f.115)

Alhamdulillah rab al-‘alamin Sultan al-fadil zi al-amin al-badil al-bahir mala` za al-saghair wa al-kabair himayat al-ri’ayat wa kaman mahasin al-baraya mi’dan al-fadil wa al-‘ataya jimalat al-millat a’la wa al-din wa ‘ala al-himmat jalal al-din ‘imad al-malik wa al-shayatin shams al-islam nasyir al-liwa` al-‘adl ‘ala al-mazalim kahf al-fuqara` wa al-masakin wa iqam sultan ams bi nusrat rab al-‘alamin seperti firman Allah Ta’ala dalam Quran al-‘azim al-rahman ‘allam al-quran ‘allamah al-bayan al-shams wa al-qamar bi husban wa al-najm wa al-shajar yasjudan shahidan amma ba’d 

Saturday, July 18, 2020

Surat Yang Dipertuan Muda Sultan Muhammad Tajuddin Brunei kepada Francis Light (MS 40320/11, f.114) berkaitan hubungan diplomatik Brunei dengan Inggeris (Khamis, 29 Syaaban 1207 Tahun ha / 11 April 1793)

Ya Jami’ al-Muta’  qin 

Bismillah al-rahman al-rahim al-hamd lillah allazi ja’ala al-warqah bimusyahadat al-habib li yakun taqriban bayna al-talib wa al-matlub wa salla Allah ‘ala sayyidina Muhammad miftah  al-qulub wa ‘ala alihi wa sohbihi mahfuz ‘an al-zunub telah selesailah daripda hamid dan thana akan Tuhan yang bersifat istighna maka diiringi pula dengan kalam al-husna serta faruh dan surur yang asna  iaitu daripada saudara kita yang Dipertuan Muda al-Sultan Muhamad Tajuddin ibn Sultan Umar Ali Saifuddin yang melazim di atas tahta  kerajaan dalam daerah negeri Brunei Darul Salam barang diwasilkan Rab al-‘arsy al-‘azim apalah kiranya kepada sahabat kita iaitu Gurnador yang beristirahat al-khair dalam Pulau Pinang yang mempunyai perintah dan tadbir maka termasyhurlah wartanya fi jami’ al-buldan wa al-amkan pada hal kasih berkasihan bagi handai taulannya bayna al-qarib wa al-ba’id tambahan pula pada memeliharakan dan menolong segala dagang dan musafir maka makmurlah warta bandarnya pada segala negeri yang asing2 upama  bunga yang amat harum maka semerbaklah baunya maka berahilah segala yang menjamadi  wa ba’d 

Friday, July 17, 2020

Surat Yang Dipertuan Muda Raja Inderagiri kepada Francis Light (MS 40320/11, f.113) berkaitan hubungan dagang Pulau Pinang dan Inderagiri (Sabtu, 1 Zulhijah 1203 / 22 Ogos 1789)

Ya Qadiya al-Hajat

Ini surat tanda iaitu daripada Yang Pertuan Muda Raja Inderagiri berkirim tabi’ banyak2 datang kepada sahabat kita dan iaitu Tuan Raja yang mempunyai perintah di Pulau Pinang 

Surat Sayid Abdul Rahman Habsyi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.112) berkaitan dagangan ke Pulau Pinang (Sabtu, 8 Zulkaedah 1203 / 1 Ogos 1789)

Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidq

Warkat al-ikhlas yang terbit daripada fuad al-zakiyyah dipesertakan pula dalamnya dengan beberapa hormat atas membesarkan dan memuliakan daripada Tuan Sayid Abdul Rahman Habsyi yang duduk dalam negeri Jambi barang disampaikan Tuhan yang menjadikan sekalian alam apalah kiranya datang kehadapan majlis Gunadur yang ‘ala al-dawam duduk dengan istirahat al-khair di atas kota Pula  Pinang itu yang telah masyhur dengan warta yang ihsannya pada sekalian buldan qarib dan yang ba’id serta melakukan segala tadbir dan perintah yang sempurna khair wa solah lagi kepujian pada hal menolongi sekalian sahabatnya dan handai taulannya istimewa pula atas sekalian dagang yang bernaung di bawah kebesarannya dan dalam peliharaannya syahadan maka dipohonkan pula atasnya barang lanjut usia umur zamannya dalam sihat dan afiat dan kesentosyaan serta bertambah2 pangkat dan darjatnya yang tera’la adanya wa ba’dah 

Thursday, July 16, 2020

Surat Sultan Ratu Seri Ingalaga Jambi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.111) berkaitan persahabatan dengan Pulau Pinang dan perdagangan timah dan lada (Ahad, 9 Zulkaedah 1203 / 2 Ogos 1789)

Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidq

Warkah al-ikhlas yang terbit daripada putih hati serta tulus ihlas  yang dipeserta pula adanya dengan beberapa hormat atas membesarkan dan memuliakan daripada Paduka Sultan Ratu Seri Ingalaga yang kerajaan dalam negeri Jambi barang disampaikan Tuhan yang menjadikan sekalian mumkinat apalah kiranya datang kehadapan tahta  majlis sahabatnya iaitu Gurnador yang ‘ala al-dawam duduk dengan istirahat al-khair di atas kota Pula  Pinang itu telah masyhulah  dengan warta yang ihsan serta melakukan tadbir dan perintah yang sempurna khair wa solah  lagi kepujian pada hal menolongi sekalian sahabatnya dan handai taulannya yang qarib dan ba’id istimewa pula atas sekalian dagang yang bernaung di bawah kebesarannya dan kemuliaannya syahadan maka dipohonkan pula atasnya barang lanjut usia umur zamannya dalam sihat dan afiat dalam jinis  kebajikan dan kesentosyaan  serta bertambah2 pangkat dan darjatnya yang tera’la adanya wa ba’dah 

Surat Tengku Ambang Besar ibn Sultan Abdul Jalil Gubu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.110) berkaitan penghantaran sagu (20 Safar 1203 / 20 November 1788)

Qawluhu al-Haqq

Ini surat tulus dan ihlas serta putih suci hati itu daripada To Ku Ambang  Besar ibni Sutan Abdul Jalil Muhamad Sah al-Marhum yang duduk memerintah dalam negeri Gubu barang disampaikan Allah Subhanahu Taala kiranya kepada sahabat kita Kapitan Lait Dewa Raja yang duduk merintah dalam negeri Pulau Pinang yang sangat arif budiman serta bijaksana pada hal mencari jalan berkasih2han kepada segala sahabat handai taulannya serta segala dagang qarib dan ba’id maka barang ditambah Allah kiranya pangkat martabat kebesaran dan kemuliaan serta kekayaan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan amin thumma amin wa ba’dah

Wednesday, July 15, 2020

Draf Surat Francis Light kepada Sultan Terengganu (MS 40320/11, f.108) berkaitan perdagangan dengan Mister Firli dan Saudagar Nasruddin

Sebermula patik maklumkan daripada hal perkiraan Syaudagar Nasruddin yang Duli Tuanku beri mari surat dengan daftar itu telah sudahlah periksa siasat lihat kesemuanya dengan segala daftar patik maka daripada hal perkiraan Mister Firli  dengan Syaudagar Nasruddin itu maka sudahlah patik beri pergi surat ke Benggala kepada Mister Firli  patik suruh periksa lihat segala daftar perkiraan Mister Firli maka datanglah akan perkiraan itu sudahlah selesai lagi ada hayat Syaudagar Nasruddin dahulu tatkala Kapitan Karniki pergi ke Terengganu membawa kapal kecil tahun dahulu maka daripada hal daftar Duli Yang Maha Mulia beri mari kepada Syaudagar Parya Tambi perkiraan Mister Firli  itu telah benarlah daftar itu tetapi beri pergi daftar dua musim sudah sebelum Kapitan Karnigi  pergi ke Terengganu kemudian Kapitan Karnigi  pergi dengan kapal kecil itu sudahlah diselesaikannya segala perkiraan itu tiadalah utang piutang lagi sebagai lagi daripada hal Kapitan Karnigi  membawa rial lima belas ribu dan opiun  dua puluh lima peti dan tembakau empat puluh keranjang telah sampailah kepada patik maka daripada hal rial itu Syaudagar Nasruddin membayar utangnya kepada Kapitan Danlab  seribu empat ratus pikul lada maka sudah patik beri pergi surat ke bawah Duli Tuanku tatkala ada hayat Syaudagar Nasruddin menyatakan utang Syaudagar Nasruddin itu maka itulah Syaudagar Nasruddin itu beri mari opiun  dengan rial dan tembakau kepada Kapitan Karnigi  daripada hal opiun  dan tembakau itu syaudagar minta tolong jualkan kepada patik bayarkan utangnya

Sebagai lagi daripada hal perkiraan Syaudagar Nasruddin dengan patik bersyarikat membeli kapal Kernatuk  itu maka segala perkiraan sudahlah patik periksa lihat daripada hal lada yang dimuatkan Syaudagar Nasruddin dalam kapal itu tiga ribu sembilan ratus pikul dan rotan seratus dua puluh pikul membawa pergi ke China maka segala daftar perkiraan patik beri pergi kepada Syaudagar Parya Tambi dan Orang Kaya Seri Wangsa boleh Duli Tuanku periksa daripada hal labanya pergi ke China dan belanjanya dan belanja duduk Terengganu tujuh bulan dan dari China pulang ke Pulau Pinang kemudian pergi ke Susuh

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.106) berkaitan perdagangan ke Benggal

Qawluhu al-Haqq

Hamba Dato’ Syaudagar  Nasruddin maklumkan kehadrat Dato’ Gurnador yang ada istiqam di bandar Pulau Pinang serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah kantor kompeni barang ditambah Tuhan Allah kebesarannya dan kemuliaannya selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan dipanjangkan Allah umur usianya serta dengan sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Tuesday, July 14, 2020

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.105) berkaitan kapal perdagangan Kapten Hamilton, opium, timah dan lada (Khamis, 18 Zulhijah)

Al-Shams wa al-Qamar wa al-Nujum

Surut tulus ikhlas serta suci hening yang tiada berputusan daripada hamba Dato’ Syaudagar  Nasruddin barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada hadrat Dato’ Gurnador yang memerintahkan di kantor kompeni Inggeris di dalam negeri Pulau Pinang yang arif bijaksana telah masyhurlah namanya pada segala negeri di bawah angin dan lagi mengasihani pada segala dagang senteri segala hamba Allah yang kasihin  miskin menyampaikan segala maksud daripada pihak tolong menolong telah masyhurlah nama yang ihsan pada segala handai taulan kharib  wa al-ba’id amma ba’dah 

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.104) berkaitan perdagangan ke India dan hutang dan pembelian kapal

Al-Shams wa al-Qamar wa-Nujum

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada hamba Dato’ Syaudagar  Nasruddin yang ada terqawaf  di negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan khaliq al-alam apalah kiranya kepada pihak hadrat Dato’ Gurnador yang ada dengan istirahat al-khair serta memegang perintah dan tadbir dalam bandar Pulau Pinang maka masyhurlah wartanya pada hal mempunyai perangai yang lemah lembut serta terlalu arif pada hal melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian sahabatnya di bawah angin ini dan maha bijaksana pada hal melimpahkan ihsannya pada sekalian dagang dan miskin dalam bandarnya dan barang ditambah Tuhan Allah kebesarannya dan kemuliaannya selama ada cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Monday, July 13, 2020

Surat Sultan Zainal Abidin Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.103) berkaitan hutang dan masalah Parya Tambi (3 Zulhijah 1208 / 2 Julai 1794)

Al-Shams wa al-Qamar

Warkat al-wujud hadiat al-mamdud maka dipesertakan dalamnya tulus dan ikhlas yang tiada menaruh syak dalamnya iaitu daripada Paduka Seri Sultan Zainal Abidin ibn al-Sultan Mansur yang mempunyai tahta  kerajaan negeri Terengganu barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita iaitu Gurnador yang mempunyai kebesaran dan kekayaan di dalam daerah Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi budiman sempurna budi bicara mencari jalan yang kebajikan serta berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka masyhurlah wartanya pada segala negeri maka dipohonkan kepada Tuhan Allah barang bertambah2 lanjut usia umur zamannya serta sihat dan afiat selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Sunday, July 12, 2020

Surat Sultan Zainal Abidin Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.102) berkaitan kemangkatan Sultan Mansur Shah dan pembelian senjata (10 Rejab 1208 / 11 Februari 1794)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati hening jernih yang tiada menaruh syak dalamnya iaitu daripada Yang Dipertuan Terengganu barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita iaitu Gurnador yang mempunyai kebesaran dan kekayaan di dalam daerah Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi budiman sempurna pada barang perintah hukumnya serta berkasih kasihan dengan segala handai taulannya dan bertolong tolongan pada pihak jalan yang kebajikan maka masyhurlah wartanya nama yang kepujian pada segala negeri maka barang dilanjutkan Tuhan Allah apalah kiranya usia umur zamannya serta bertambah2 kebesarannya di dalam sihat dan afiat selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Surat Sultan Zainal Abidin ibn Sultan Mansur kepada Francis Light (MS 40320/11, f.101) berkaitan perdagangan lada dan opium dan pembelian senjata (29 Muharam 1207 / 16 September 1792)

Al-Shams wa al-Qamar wa al-Nujum

Bahawa ini sahifat al-ikhlas dan tuhfat al-ajnas iaitu daripada Paduka Seri al-Sultan Zainal Abidin ibn al-Sultan Mansur ibn al-Marhum al-Sultan Zainal Abidin yang di atas tahta  kerajaan negeri Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak sahabat kita dan kekasih kita iaitu Gurnador Pulau Pinang yang mempunyai kebesaran dan kerajaan dalam daerah jazirah Pulau Pinang barang dipanjangkan Allah umur usianya serta bertambah2 kekayaannya dan dianugerah Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Saturday, July 11, 2020

Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.100) berkaitan perdagangan beras, ubat bedil, lada dan kiriman kapal dan wakil Inggeris (12 Rejab 1207 / 23 Februari 1793)

Al-Shams wa al-Qamar wa al-Nujum

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada menaruh syak dalamnya iaitu daripada Paduka Seri Sultan Mansur ibn al-Marhum al-Sultan Zainal Abidin yang mempunyai tahta  kerajaan negeri Terengganu dengan segala daerah takluknya barang diwasilkan Tuhan sarwa alam sekalian apalah kiranya kepada anak kita dan kekasih kita iaitu Senyur Gurnador yang mempunyai kebesaran dan kekayaan di dalam daerah Pulau Pinang yang amat baik budi pekerti lagi setiawan atas melakukan berkasih kasihan dengan segala handai taulannya qarib wa al-ba’id maka dipohonkan kepada Tuhan Allah barang bertambah2 lanjut usia umur zamannya pada tiap2 peredaran cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Surat Sultan Zainal Abidin Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.99) berkaitan perdagangan opium dan lada (Ahad, 10 Rabiul Akhir 1207 / 25 November 1792)

al-Shams wa al-Qamar al-Nujum

Bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada mirat  al-qulub iaitu daripada sahabatnya yang bersetiawan paduka Seri Sultan Zainal Abidin ibn al-Sultan Mansur yang di atas tahta  kerajaan negeri Terengganu dengan segala daerah takluknya barang disampaikan Tuhan Allah apalah kiranya kepada saudara kita dan sahabat kita dan kekasih kita iaitu Gurnador Pulau Pinang yang memegang perintah dan tadbir kompeni Inggeris di dalam bandar Pulau Pinang barang bertambah2 kebesaran dan kemuliaannya serta beroleh umur lanjut di dalam dunia dan ialah yang sangat arif dan bijaksana pada hal melakukan berkasih kasihan dengan segala sahabatnya dan Orang Besar2 maka dipinta barang selamat sempurna dan istirahat dan afiat daripada segala mara bahayanya di dalam dunia selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Friday, July 10, 2020

Surat Sultan Mansur Shah Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.98) berkaitan masalah kapal perang yang dihantar ke Terengganu (2 Muharam 1208 / 10 Ogos 1793)

Al-Shams wa al-Qamar

Ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati iaitu daripada Yang Dipertuan Terengganu barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada anak kita iaitu Gurnador yang mempunyai kebesaran dan kekayaan di dalam daerah Pulau Pinang yang amat baik budi pekerti lagi setiawan atas melakukan berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka kita pohonkan kepada Tuhan Allah barang bertambah2 lanjut usia umur zamannya serta sihat dan afiat wa ba’dah 

Thursday, July 9, 2020

Surat Saudagar Nasruddin kepada James Scott (MS 40320/11, f.96) berkaitan salah laku Kapitan Long (15 Muharam 1206 / 14 September 1791)

Al-Shams wa al-Qamar wa al-Nujum

Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada Syaudagar Nasruddin yang ada terqawaf di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak hadrat sahabat hamba dan kekasih hamba iaitu Kapitan Uskut  yang ada dengan istirahat al-khair dalam negeri bandar Pulau Pinang barang ditambah Allah kebesarannya dan kekayaannya serta dilanjutkan Allah umur usianya dan dianugerah Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Saudagar Nasruddin kepada James Scott (MS 40320/11, f.95) berkaitan salah laku Kapitan Long (22 Muharam 1206 / 21 September 1791)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat serta tulus dan al-ikhlas iaitu daripada Syaudagar  Nasruddin yang ada terqawaf  di negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan Rab al-Anam apalah kiranya kepada pihak hadrat sahabat hamba dan kekasih hamba iaitu Kapitan Uskut  yang ada istiqam serta dengan istirahat al-khair dalam daerah negeri Pulau Pinang barang ditambah Allah kebesarannya dan kekayaannya serta dipanjangkan Allah umur usianya serta beroleh sihat dan afiat dan dipelihara Allah daripada segala mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Wednesday, July 8, 2020

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.94) berkaitan salah laku Kapitan Long (15 Safar 1206 / 14 Oktober 1791)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada hamba Dato’ Syaudagar  Nasruddin yang ada terqawaf  di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Rab al-Anam apalah kiranya kepada pihak hadrat Dato’ Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah jazirah Pulau Pinang barang ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaan dan dilanjutkan Allah umur usianya serta dianugerah Allah sihat dan afiat selagi hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.93) berkaitan salah laku Kapitan Long (26 Muharam 1206 / 25 September 1791)

Al-Shams wa al-Qamar wa al-Nujum

Bahawa ini sahifat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada hamba Dato’ Syaudagar  Nasruddin yang ada terqawaf  di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak hadrat Dato’ Gurnador yang ada istiqam memegang perintah dan tadbir dalam daerah Pulau Pinang barang ditambah Allah kebesarannya serta dipanjangkan Allah umur usianya serta beroleh sihat dan afiat dan barang ditinggikan Allah pangkat darjatnya serta dipelihara Allah daripada mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Tuesday, July 7, 2020

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.92) berkaitan pelayaran kapitan Long dan perdagangan ke Sambas, Brunei dan China (16 Syaaban 1205 / 20 April 1791)

Al-Shams wa al-Qamar wa al-Nujum 

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada Datuk Syaudagar  Nasruddin yang ada terqawaf  di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Rab al-Anam kepada pihak hadrat Datuk Gurnador yang istiqam serta memegang hukum perintah dalam bandar Pulau Pinang barang bertambah kiranya kebesarannya dan kemuliaannya serta beroleh umur lanjut dan barang dipelihara Allah daripada segala mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya serta melakukan tadbir perintah khair dan solah  lagi memberi manfaat faedah atas sekalian sahabatnya yang qarib dan ba’id dan barang dikekalkan Allah kerajaannya dalam kesenangan selagi cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Surat adinda Nian kepada Saudagar Nasruddin (MS 40320/11, f.91) berkaitan perancangannya ke Terengganu (Jumaat, 19 Syawal)

Ya Aziz al-Karim

Asalullah Ta’ala bi asmaih al-izam wa anbiya al-kiram an yadim ‘iddatikum wa al-tamkin maka diidafatkan dengan berapa2 sembah dan takzim daripada adinda nian  barang diwasilkan Allah kiranya baqiat la yaghni  iaitu ke hadrat kekanda Syaudagar  Nasruddin ‘izzat Allah Ta’ala ‘ala al-dawam amin amma ba’dah 

Monday, July 6, 2020

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.90) berkaitan dagangan ke Sambas dan perdagangan lada (Sabtu, 21 Zulkaedah 1025 / 23 Julai 1791)

Qawluhu al-Haqq wa kalamuhu al-Sidq

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas serta kasih sayang yang tiada berhijab iaitu daripada hamba Dato’ Syaudagar Nasruddin yang ada terqawaf  di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak hadrat Dato’ Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah bandar Pulau Pinang maka masyhurlah wartanya fi kulli buldan pada hal mempunyai perangai yang lemah lembut dan terlalu arif pada hal melakukan berkasih kasihan serta tolong menolong ma bayna al-qarib wa al-ba’id dan maha bijaksana pada hal melimpahkan ihsannya pada sekalian dagang dan gharib maka jadi masyhur makmur bandarnya barang bertambah2 kiranya kebesarannya dan kemuliaannya selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan dilanjutkan Allah umur usianya supaya jadi tempat pernaungan segala sahabatnya dan taulannya dan dikurnia Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dahu 

Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.89) berkaitan urusan kira-kira dagangan Kapten Glass (Selasa, 13 Jamadil Awal 1204 / Januari 1790)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad al-zakiah iaitu daripada Paduka Seri ayahanda Seri al-Sultan Mansur Ri’ayat Shah ibn al-Marhum al-Sultan Zainal al-‘Abidin yang di atas tahta  kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-‘Alam apalah kiranya kepada pihak sahabat kita dan kekasih kita iaitu anak kita Gurnador yang ada dengan istirahat al-khair serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah kantor kompeni Pulau Pinang dan ialah yang masyhur wartanya pada sekalian buldan pada hal mempunyai perangai yang lemah lembut dan terlalu arif pada hal melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian sahabatnya Raja2 dan Orang Besar2 di bawah angin ini maka jadi masyhurlah wartanya pada sekalian buldan pada hal gagah perkasa pada medan peperangan dan lagi maha bijaksana pada hal melimpahkan ihsannya kepada sekalian dagang fakir dan miskin dalam bandarnya maka barang ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya selama ada peredaran matahari dan bulan dan barang dilanjutkan Allah umur usianya dan barang dianugerah Allah selamat sempurna serta sihat dan afiat daripada segala mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya serta melakukan perintah khair dan solah  lagi memberi manfaat faedah atas sekalian sahabatnya Raja2 timur ini maka barang dikekalkan Allah kerajaannya dengan kesenangan ‘ala al-dawam ma damat  al-layali wa al-ayyam wa ba’dah 

Saturday, July 4, 2020

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.88) berkaitan masalah Kapten Dunlop dan perdagangan opium, lada dan timah (19 Muharam 1204 / 9 Oktober 1789)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini wa[r]qat  al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada hamba Datuk Syaudagar Nasruddin barang disampaikan Tuhan Allah apalah kiranya ke hadrat Datuk Gurnador yang ada dengan istirahat al-khair serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah Pulau Pinang serta beroleh kebesaran dan kemuliaan barang dilanjutkan Allah umur usianya serta beroleh sihah dan afiat selagi ada hayat zamannya serta melakukan tadbir perintah khair dan solah  lagi memberi manfaat faedah atas sekalian dagang dan miskin maka masyhurlah wartanya pada sekalian bandar barang dikekalkan Allah kiranya dalam kerajaannya selagi cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 

Friday, July 3, 2020

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.87) berkaitan perdagangan timah, lada, dan senjata (14 Zulkaedah 1203 / 6 Ogos 1789)

Qawluhu al-Haqq

Hamba Dato’ Syaudagar  Nasruddin yang ada terqawaf  di negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak hadrat Dato’ Gurnador yang ada istiqam di Pulau Pinang serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah kantor kompeni barang ditambah Tuhan Allah kebesarannya dan kemuliaannya selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan dianugerah Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.86) berkaitan perdagangan timah dan lada dan menumpangkan orang pergi haji

Ya Qadiya al-Hajat

Ini surat daripada hamba Dato’ Syaudagar  Nasruddin yang ada terqawaf dalam negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan Khaliq al-alam apalah kiranya kepada hadrat Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang memegang perintah dan tadbir serta mempunyai kerajaan dan kebesaran dalam kantor kompeni barang ditambah Allah daulat kebesarannya selama ada hayat zamannya supaya jadi tempat pernaungan segala fakir miskin dagang gharib dan ialah yang masyhur wartanya fi jami’ al-buldan pada hal melimpahkan ihsannya serta mempunyai perangai yang lemah lembut dan tolong menolong ma bayna al-qarib wa al-ba’id barang ditinggikan Allah pangkat darjatnya serta beroleh kesenangan dan kesentosaan selama ada cakerawala matahari dan bulan wa ba’adah 

Thursday, July 2, 2020

Surat Sultan Mansur Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.85) berkaitan risikan kedudukan Belanda dan Perancis, perdagangan opium dan lada dan masalah dengan Siam (Jumaat, 18 Zulkaedah 1201 / 31 Ogos 1787)

Qawluhu al-Haqq

Ini surat pada menyatakan tulus dan ikhlas serta kasih dan sayang yang tiada berhingga iaitu daripada Seri Paduka ayahanda Seri Al-Sultan Mansur Ri’ayat Shah ibni al-Marhum al-Sultan Zainal Abidin yang di atas takhta kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan Rab al-alam apalah kiranya kepada sahabat kita dan kekasih kita iaitu anak kita Gurnador Pulau Pinang yang memegang perintah kompeni di bawah angin ini dan lagi terlalu arif dan bijaksana pada hal melakukan berkasih kasihan tolong menolong pada sekalian sahabatnya Raja2 dan Orang Besar2 dan ialah yang mempunyai perangai yang lemah lembut seperti air embun sejuknya menghilangkan haus segala sahabatnya dan seperti ambar  dan kasturi harumnya memuaskan nafsu segala taulannya dan lagi amat setiawan maka masyhur wartanya di atas angin dan di bawah angin gagah perkasa pada medan peperangan maka termegah ausaf  hamidahnya  pada sekalian buldan pada hal memerintahkan khair dan solah  serta memberi manfaat dan faedah pada samanya  Raja2 dan Orang Besar2 di bawah angin maka barang ditinggikan Allah pangkat darjatnya serta beroleh gah kebesaran dan kemuliaan selama ada cakerawala matahari dan bulan dan dipinta kepada Allah barang selamat sempurna dengan istirahat khair dan afiah daripada sekalian mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Saudaga Pariya Tambi kepada Nakhoda Saifuddin (MS 40320/11, f.84) berkaitan kematian Saudagar Nasruddin dan urusan barang perdagangannya (29 Muharam 1207 / 16 September 1792)

Ya Aziz

Sembah takzim dan takrim daripada adinda Syaudagar  Pariya Tambi yang da’if barang disampaikan Allah kiranya ke hadrat kekanda Nakhoda Saifuddin yang ada dengan istirahat al-khair di negeri Kedah Darul Aman barang dipanjangkan Allah umur zamannya fi ta’at al-Rahman dan dipelihara Allah min afat al-zaman bi jah Saidina Muhamad Sayyid al-ins wa al-jan wa ba’dah barang 

Wednesday, July 1, 2020

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.83) berkaitan perkongsian pembelian kapal, dagangan opium dan perdagangan ke Brunei (26 Muharam 1206 / 25 September 1791)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada perhamba Dato’ Syaudagar  Nasruddin yang ada terqawaf  di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-alam apalah kiranya kepada hadrat Dato’ Gurnador yang istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah Pulau Pinang serta beroleh kebesaran dan kemuliaan barang bertambah2 kebesarannya dan kerajaannya serta beroleh kesenangan selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Saudagar Nasruddin kepada Francis Light (MS 40320/11, f.82) berkaitan perkongsian dagangan dan pembelian kapal serta dagangan ke Brunei (15 Safar 1206 / 14 Oktober 1791)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini sahifat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada hamba Dato’ Syaudagar  Nasruddin yang ada terqawaf  di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-alam apalah kiranya kepada pihak hadrat Dato’ Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah bandar Pulau Pinang barang bertambah2 kebesarannya dan kemuliaannya selagi ada hayat zamannya dan dipanjangkan Allah umur usianya supaya jadi tempat pernaungan sekalian dagang miskin dalam bandarnya serta tolong menolong pada sekalian sahabatnya yang qarib dan ba’id dan dianugerah Allah kerajaannya dengan kesenangan ‘ala al-dawam ma damat al-layali wa al-ayyam wa ba’dah