Qawluhu al-Haqq
Hijrat nabi salla Allah ‘alaih wa sallam seribu dua ratus lima tahun pada bulan Rabiul Awal dua puluh dua hari bulan pada masa itu salam doa banyak2 iaitu daripada Tengku Raja Pedir dan Tengku Kampung Pukat dan Tengku Pinang dan Nakhoda Po Gading barang disampaikan Allah kiranya kepada Datuk Kapitan Uskut
datang la kapal tuan dengan kerani dimuat bagang dengan malau putus harga bagang dengan malau harga bagang si bahara kurang pat mayam dua bonggol bagang tiga ratus dua puluh dimintak pinang tiada musim jikalau tuan nanti sim pinang jikalau tuan nanti musim pinang tuan ambil pinang jikalau bagi tuan kasih mas sekati saya kasih mas sekati kata Kapitan Muda belayar ke Teluk Semawi datang dari Teluk Semawi saya ambil pinang diparusahkan surat satu disuruh ujak kepada Nakhoda Kacih Marikan dikasih bagang barang sepuluh bahara diambil pinang banyak lada banyak dibelayarkan kapal ditas kuala air labu dinanti dua hari tiada sampai pinang dengan lada dibelayarkan ke Pedir ke Tenggala kerani diupahkan satu perahu mau pergi ke kapal datang obak besar pecah perahu hendak mati la kerani ada kawan saya diambil akan kerani dibawak sama sama ke Pedir diupahkan perahu dinaik la ke kapal dibelayarkan kapal ke Terang Gadang diambil pinang sekati lada sekati berenti dua hari berlayar la ke Pedir turan kerani kasih orang dua orang dengan kerani sama sama dipergi ke Merdu wasil pinang dengan lada datang kerani ke Pedir dinaik la kerani ke kapal disuruh pergi ke Merdu kata Kapitan tiada mau pergi turan kerani ke darat diambil orang dua orang pergi kang kang kepada persab di beli pinang dengan lada disuruh pergi dari kang kang tiada mau oleh kapitan dimuat di dalam perahu dimuat di dalam ada bawak ke Pedir dimuat di dalam kapal wasil pinang dari Pedir dimuat la pinang sudah sampai sarat kapal turan la kapitan ke darat dengan khelasi utang pun jelas dengan kapitan dimarah oleh kapitan akan Tengku Pinang dua dengan nakhoda jikalau datang kapi ini satu orang tiada boleh jual beli berpakat segala hulubalang di dalam Pedir dan segala saudagar di dalam nengeri Pedir barang tahu Datuk Kapitan Uskut jikalau tiada kerani satu pinang pun tiada boleh kerani atau tiada salah tamat amin
No comments:
Post a Comment