Friday, July 24, 2020

Surat Tengku Muda Muhamad Saat Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.126) berkaitan dagangan pinang, lada, beras dan kain

Qawluh al-Haq walau Kunna
 
Salam doa serta takzim dan [tak]rim  iaitu daripada Tengku Muda Muhamad Sya’at  Teluk Semawi barang disampaikan Allah Subhanah Wa Ta’ala kiranya kepada pihak sahabat Gunador Pulau Pinang setelah dipeliharakan Allah iman serta amalnya barang ditetapkan Allah Ta’ala akan sahabat kita 

barang maklum kiranya akan hal ahwal perbuatan syahaya  kirim kertas sekeping akan sahabat kerana hamba ini dalam tahun ini tiada dalam bandar Teluk Semawi sebab ada kasmat  dalam nenggeri Keratai dalam empat lima hari sudahlah hamba ini pulang ke Teluk Semawi sekarang pun kerana kepada hamba ini tia  ubah janji permulaan sekarang pun jikalau ada dagangan sedikit banyak sahabat beri dengan kapal serta dengan Kapitan Marah dan dagangan hamba pergi ke Aceh sama2 kapal kerana tiada kapal lain2 sampai ke Aceh sebab ada pinang barang satu dua kapal boleh serta insya Allah Ta’ala Allah juga beri sampai bagi hajat kita jangan sahabat kecil hati perbuatan dalam tahun yang sudah kerana tiada hamba dalam teluk hamba pun lang pinang dan lada dan beras dan padi sudah hahas  dalam neggeri sekalian ini jikalau ada sahabat hendak beri barang2 dengan kapal dagangan Keling  pertama2 kain Gajah Putih dan kain Gajah Hitam dan balang  melela  lain2 apa suka dalam hati sahabat dan akan centera mata satu hanya kambing dua ekor lain tiada pun satu demikianlah tamat al-kalam bi al-khairi amin ya rab al-‘alamin

1 comment: