Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati hening jernih yang tiada menaruh syak dalamnya iaitu daripada Yang Dipertuan Terengganu barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita iaitu Gurnador yang mempunyai kebesaran dan kekayaan di dalam daerah Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi budiman sempurna pada barang perintah hukumnya serta berkasih kasihan dengan segala handai taulannya dan bertolong tolongan pada pihak jalan yang kebajikan maka masyhurlah wartanya nama yang kepujian pada segala negeri maka barang dilanjutkan Tuhan Allah apalah kiranya usia umur zamannya serta bertambah2 kebesarannya di dalam sihat dan afiat selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah
daripada barang istifham sahabat kita adalah kita menyuruhkan Wan Iman kepada sahabat kita membawa warkah ini daripada menyatakan ayah kita Sultan Terengganu itu telah kembalilah ia ke negeri yang baqa kepada empat belas hari bulan Jamadil Akhir maka sangatlah masghulnya serta dengan kesuhan maka inilah kita memberi istifham kepada sahabat kita syahadan sebagai pula akan hal sahabat kita dengan kita janganlah berputusan perhubungan dan persatuan antara Pulau Pinang dan Terengganu serta berkasih kasihan suruh menyuruh pergi mari bagaimana zaman ayah kita paduka marhum seperti itu juga kita pohonkan kepada Tuhan Allah kita berkasih kasihan dengan sahabat kita maka janganlah berubah2 selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan syahadan akan hal kita dahulu Allah ba’da RasulNya telah harablah kita akan sahabat kita menolongi kita daripada kesakitan dan kekurangan kita dan sebagai pula kita menyatakan kepada sahabat kita jikalau ada kasih sahabat sama kita melainkan kita minta tolong bicarakan kepada sahabat kita bedil senapang yang baik2 barang empat ratus pasang serta dengan peluru rentaka yang kecil2 dan ubat bedil barang seratus pip telah harablah kita akan sahabat kita mencarikan senapang dengan ubat bedil serta dengan peluru itu dan apabila sudah diperoleh hendaklah sahabat kita suruh hantarkan ke Terengganu kepada bulan Sawal serta dengan kici menunggu Kuala Terengganu dan akan harganya senapang dan ubat bedil dan peluru itu barang yang jadi patut tiada kita menyalahi dan akan lada yang di dalam negeri Terengganu sudah kita kampungkan tiada kita berikan kepada tempat yang lain dan sebagai pula akan hal segala piutang kita yang di dalam Pulau Pinang itu pun kita minta tolong juga kepada sahabat kita menerbitkan piutang kita itu telah harablah akan sahabat kita mengira2kan piutang kita itu akan diperoleh juga dan sebagai lagi kita menyatakan kepada sahabat kita akan hal modal atas kapal Kapitan Long yang bersarikat dengan Saudagar Nasruddin itu maka sekarang ini kita minta jelaskanlah kepada sahabat berapa ada labanya dan ada kerugiannya itupun hendaklah sahabat kita suruhkan orang daripada sahabat kita datang ke Terengganu supaya boleh menyelesaikan perkiraan modal itu dan lagi kita minta tolong kepada sahabat kita carikan pemuras besi yang baik2 barang lima puluh pasang pemuras tangan yang panjang dua2 hasta dan akan hal Wan Iman itu hendaklah sahabat kita berikan dia rial barang lima ratus atawa dagangan barang yang suka kepada Wan itu maka hendaklah sahabat kita ambil surat tapak tangan kepada Wan Iman itu tanda dia mengambil rial kepada sahabat kita itu tamat al-kalam pada sepuluh hari bulan Rejab sanat 1208
No comments:
Post a Comment