Alhamdulillah allazi hamdan yuwafi ni’amah wa yukafi mazidah ya rabbana laka al-hamd wa ba’dah al-sultan al-‘adil al-karim wa al-malik al-rahim wa al-kamil al-hakim zauj al-malih wa al-lisan al-fasih al-mujahidin tahta al-rih iaitu daripada hadrat Seri Paduka Adinda Sayidina wa Maulaina yang di atas tahta singgasana kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus khallada Allah Mulkah wa ayyad ‘adlah wa kamalah wa dawlatah wa zad fadlah bahawa inilah warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada kebun kalbu yang bernama safaf dengan beberapa patah kata2 pada menyatakan beberapa salam al-tam bi al-tahiyyat wa al-du’a al-‘izam serta dihiasi dengan takzim dan takrim yang terbit daripada fawq al-sama’ wa al-nur cahayanya gilang gemilang laksana jawhar al-maknun wa al-marjan yang diterbangkan unggas bulbul dengan ragam syauq al-ta’ifin yajurr ‘alaykum al-dawam barang diwasilkan Tuhan Hannan al-Mannan jua kiranya kepada hadrat Seri Paduka kekanda Sultan Abdullah yang di atas tahta singgasana kerajaan di dalam bandar negeri Kedah Darul Aman al-Sultan al-Mu’azzim wa al-haqan al-mukram wa huwa habibuna wa shafi’una barang dawam kiranya di dalam bandar ‘izam yang mu’azzam al-masyhur fi al-dar pada mendirikan panji2 adilnya dengan berkat Nabi akhir al-zaman kepada pihak ‘ayn al-a’yan yang telah dimuliakan Tuhan sarwa alam pada martabat yang terbilang daripada kebesaran yang telah beroleh hidayat dan ‘inayat daripada Tuhan yang mengadakan segala yang maujud berkat Muhamad Sayyid al-kainat amin ya Rab al-Ard wa al-samawat dan yang Maha Tinggi kemuliaan dengan tinggikan Tuhan ‘Azza wa Jalla daripada segala makhluk adalah seumpama shams dan qamar yang baharu terbit cemerlang cahayanya memenuhi alam dunia ini berkat Muhamad Sayid al-Mursalin amin ya Rab al-mutahhirin takrif wa al-dawam khatir al-khatir wa fuad al-munir yang maha gilang gemilang yang masyhur bayna al-‘arab wa al-‘ajam yang senantiasa berlakukan perintah pada segala manusia hingga jadi kebajikan pada segala negeri wa ba’dah
barang takrif kiranya Seri Paduka kekanda maka adalah paduka adinda menyuruhkan Nakhoda Sembawa berdua dengan Panglima Dalam itu serta membawa surat yang dilayangkan oleh rihat al-sim kepada ribaan paduka kekanda serta menyatakan hal seperti warkat al-ikhlas daripada paduka kekanda yang dibawa oleh Nakhoda Umat dahulu di dalamnya mengatakan sama Selangor sama Kedah serta tersebutlah daripada setia zaman dahulu sampai sekarang ini tiadalah berubah dan sekali2 tiada mau khianat itulah perkataan di dalam surat paduka kekanda yang dibawa oleh Nakhoda Umat itu serta paduka adinda mendengar perkataan di dalam surat itu paduka adinda pun mengucap syukurlah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala syahadan lagi seperti orang2 paduka adinda yang lari ke Kedah banyaknya laki2 perempuan kecil besar semuanya enam ratus lima belas orang adapun orang itu sudah paduka adinda ambil daripada tangan kompeni sudah tertentu kepada tangan paduka adinda maka paduka adinda suruhlah Penggawa Pematang pergi mengambil orang itu di Bernam serta paduka adinda suruh banci sekaliannya orang itu serta paduka paduka adinda suruh bawa ke Selangor di dalam pada itu orang2 itupun larilah ke Kedah adapun orang2 itu dahulunya pun paduka ambil dengan asap meriam sekarang inipun paduka adinda ambil dengan asap meriam juga dua kali sudah paduka adinda ambil orang itu dengan asap meriam sekarang ini orang itu miliklah kepada paduka adinda sekaliannya sebab itulah maka hendaklah paduka kekanda pulangkan orang2 itu sekaliannya mana yang tersebut di dalam surat ini dan jikalau tiada terkumpulkan oleh paduka kekanda orang itu melainkan hendaklah paduka kekanda bayar dengan rial harga orang2 itu di dalam seorang2 tiga puluh ringgit dan apabila tiada paduka kekanda pulangkan orang atau harganya melainkan tinggallah setia kepada paduka kekanda dan yang baik kepada paduka adinda dan yang jahat kepada paduka kekanda melainkan kepada Allah dan Rasul pun tiadalah salah paduka adinda tersurat kepada lima belas haribulan Rabiul Awal hari Jumaat waktu duha intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam tarikh sanah 1201
No comments:
Post a Comment