Ya Qadiya al-Hajat
Alhamdulillah Rab al-‘alamin hadaina binur al-‘irfan wa zahara lana sidq lana risalat bi al-hajat Muhammad Mustafa sallallah ‘alaih wa sallam bahawa inilah surat sahifat al-ikhlas iaitu daripada Tengku Muda Teluk Semawi empunya salam al-tam bi al-tahiyyat serta rindu dan dendam yang dihiasi dengan doa dan beberapa pulak kasih dan sayang serta dengan hormat dan mulia serta dilayangkan burung bul2 sekeping kertas sebelah daerah timur ke atas riba sahabat hamba Gurnador Pulau Pinang yang telah ada hayat sekarang terlebih khurnia daripada Tuhannya Malik al-Jabbar mandar al-dunya ila dar al-akhirat amin ya rab al-‘alamin
syahadan kemudian dari itu barang tuan ketahui akan hal hamba ini di Teluk Semawi di dalam khasmat tiada berputusan maka dengan takdir Allah Ta’ala datang kapal daripada Raja Aceh disuruhnya perang akan hamba jangan diberinya belayar ke Pulau Pinang meski negeri yang lain sekali pun jangan belayar akhir kemudian dari itu sampai kapal ke Teluk Semawi diperanginya akan hamba tiada daya upaya lagi kesakitan maka mati kawan hamba seorang maka sudah itu berhenti empat lima hari kemudian lagi diperangnya pagi2 sampai petang habis dibakarnya kedai dan pekan langgar semua sudah itu berhenti maka kembali ia ke Aceh takut entah ke mana perginya tiada ketahuan kemudian datang lagi satu sagur ada ternanti ia di Teluk Semawi akan ia itu tiada hamba gundah kapal yang dulu itu insya Allah Ta’ala hamba lawan akan dia maka hamba balas perangnya mati seorang ke dalam kapal sekarangpun jikalau ada kasih sayang tuan akan hamba maka tuan beri meriam barang separang pajang lima hasta dengan peluru sekali barang dua ratus akan ubatnya tuan beli barang dua bonggol emas harganya ada hamba kirim di dalam perahu ini akan meriam itu bukan hamba saja hamba pinjam barang empat lima bulan kerana kapal Aceh itu kembali sudah ke Aceh ia pergi mengambil kawan yang lain hendak diperang akan hamba demikianlah barang tuan ketahui suatu pun tiada cenaka mata hamba hanya seluar ada selai sekadar akan basahan lagi kacang ada tengah enam puluh karung banyaknya sekoyan tanda ada hayat hamba di dalam itu pun jikalau ada kasih sayang tuan takat boleh tuan suruh belayar kapal kepada hamba jikalau satu dua sekalipun tiap mengapa akan perahu ini hamba punya akan Nakhoda bernama Nakhoda Po Wan kasih tunjangan tuan beri berlambatan dengan segera tuan suruh kembali tuan muat dengan meriam itu demikianlah kasih sayang tuan tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam
No comments:
Post a Comment