Qawluhu al-Haqq
Surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati yang tiada berhingga dan kesudahan selagi ada perkisaran bulan dan matahari iaitu daripada Yang Dipertuan Tua yang ada berhenti dalam negeri ke Siak Darul Ihsan barang disampaikan Tuan Ilah al-‘alamin kiranya kepada sahabat saya Senyor Gurnador yang memerintah dalam negeri Pulau Pinang yang amat arif lagi budiman pada jalan perintah berkasih kasihan kepada segala sahabat dan kekasih maka tersebutlah nama yang kepujian kepada tiap2 negeri daripada sangat melimpahkan adil dan kemurahan pada sekalian dagang yang hampir kepadanya maka dipohonkan kepada Tuan sarwa alam barang dilanjutkan umur dan zaman serta bertambah2 kebesaran dan kemuliaan amin ya rab al-‘alamin wa ba’dah
daripada itu mafhum kiranya sahabat saya maka adalah saya menyuruh satu perahu pencalang nakhodanya Usul ke Pulau Pinang kepada sahabat saya selamat datang ke Pulau Pinang maka harablah saya akan tolong sahabat saya daripada barang suatu hal ahwalnya dalam Pulau Pinang kerana ia orang laki muda sebagai lagi jikalau ada suka percaya sahabat saya2 minta tolong opiun barang berapa kasih memberi insya Allah kemudian saya suruh hantarkan harganya dan jikalau boleh seperti pinta saya berikanlah pada Usul kerana ia wakil daripada saya dan lagi jikalau sudah selesai daripada jual belinya Usul ini sahabat saya suruh segera kembali pulang ke Siak kemudian daripada itu suatupun tiada burhan al-wujud daripada saya kepada sahabat saya yang dipesertakan kepada akhir ashtar ini lagi tiada dengan sepertinya hanyalah ada gading sepasang beratnya empat puluh delapan kati dacing Siak dan geliga satu beratnya empat emas bonggol Siak minta terima dengan suka hati serta doa fi al-lail wa al-nahar sanat 1205 kepada dua puluh enam hari bulan Syawal kepada hari Selasa fi waktu ‘asar termaktub
No comments:
Post a Comment