Al-Shams wa al-Qamar wa al-Nujum
Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada Datuk Syaudagar Nasruddin yang ada terqawaf di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Rab al-Anam kepada pihak hadrat Datuk Gurnador yang istiqam serta memegang hukum perintah dalam bandar Pulau Pinang barang bertambah kiranya kebesarannya dan kemuliaannya serta beroleh umur lanjut dan barang dipelihara Allah daripada segala mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya serta melakukan tadbir perintah khair dan solah lagi memberi manfaat faedah atas sekalian sahabatnya yang qarib dan ba’id dan barang dikekalkan Allah kerajaannya dalam kesenangan selagi cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah
barang maklum kiranya hadrat Datuk maka daripada hal warkat al-mubarakah yang dibawa oleh Kapitan Long itu telah sampailah kepada hamba Datuk pada saat yang mulia dan pada ketika yang ria pada dua haribulan Syaaban maka hamba Datuk sambutlah dengan beberapa hormat serta kesukaan maka dibuka daripada cap meterinya serta ditatap daripada janib syatarnya maka fahamlah hamba Datuk barang yang termazkur dalamnya maka daripada hal Kapitan Long Datuk suruh pergi ke sebelah Timur lalu ke Bangka itu maka tiadalah sampai hemat hamba Datuk hendak melepaskan pergi Kapitan Long itu jikalau tiada hamba Datuk pergi bersama maka sekarang itulah hamba Datuk duduk menantikan syaudara hamba Datuk Nakhoda Parya Tambi maka apabila ia datang dengan segeranya Insya Allah Ta’ala hamba Datuk sendirilah pergi berlayar bersama2 Kapitan Long itu ke Timur maka daripada hal dagangan yang Datuk beri mari itu maka hendak dijualkan di Terengganu tiadalah laku yang harga selaksa dijual lima ribu pun tiadalah siapa yang membelinya kerana harga pun tinggi sangat dan perahu dagang belum ada maka dalam itupun hamba Datuk tolong jualkan juga sebolehnya2 barang beberapa yang laku dan Datuk harap kepada Allah tiadalah hamba Datuk ambil laba dalamnya asal laku hamba Datuk jualkan kerana hamba Datuk ini sangat hendak berhubung dan berpanjangan dengan Datuk mencari jalan kehidupan sebagai lagi apabila tiada datang syaudara hamba Datuk Nakhoda Parya Tambi bersempat dengan musim ini maka tiadalah jadi hamba Datuk berlayar maka hamba Datuk hendak lepaskan Kapitan Long berlayar serta dengan orang hamba Datuk pergi ke Sambas atau Brunei itupun tiadalah sampai hemat hamba Datuk melepaskannya maka dalam itu jikalau datang timah hamba Datuk dari Palembang maka hamba Datuk muatkan timah dengan lada hamba Datuk suruh berlayar ke China dan jikalau tiada datang timah maka hamba Datuk hendak muatkan lada sahaja suruh pergi ke China maka pada hemat hamba Datuk tiada lepas belanja kapal kerana belanja negeri China itu besar melainkan hamba Datuk muatkan lada suruh balik ke Pulau Pinang barangkali hamba Datuk pun berlayar bersama2 lalu ke Benggala dalam pada itupun jikalau tiada hamba Datuk pergi melainkan Datuklah menyuruh pergi kapal itu ke Benggala sebermula seperti embalau banyak datang dari Siam dan dari Kemboja harganya dalam Terengganu sepikul dulapan rial dan seperti belerang pun banyak dibawak orang dari Melaka harganya sepikul empat rial maka daripada hal syaudara hamba Datuk beri mari dagangan dalam kapal ini kain celupan empat puluh bandela maka kain itu hamba Datuk buka satu bandela maka tatkala buka itu berada hadapan Kapitan Long maka hamba Datuk dapat dalam bandela itu tiga macam kainnya maka pada tiap2 bandela itu ada dua macam tiga macam maka jadi hairanlah hamba Datuk bagaimana kedudukannya kain itu maka Datuk pun boleh periksa kelak pada kapitan itu jikalau yang demikian itu jangankan laba pulang modal pun payah pada hemat hamba Datuk hampir rugi dua tiga ribu rial demikianlah ada penolong Kapitan Uskut belikan beri kain akan saudara hamba Datuk itu maka adatnya menjual kain itu seperti macam pada segenab bandela maka sekarang jikalau yang demikian ini siapa hendak percaya hendak membeli dengan bandela maka sebab itu tiadalah laku kain itu maka apa akal hamba Datuk syaudara hamba Datuk itu tiada tahu perintah kain itu sebab dianya percaya akan Kapitan Uskut maka daripada membeli kain itu dibawak pulang rial pun sebaiknya maka ahwal itulah hamba Datuk maklumkan pada hadrat Datuk maka tiadalah sesuatu tanda hayat daripada hamba Datuk melainkan maaf hadrat Datuk banyak2 tamat al-kalam diperbuat surat ini pada enam belas haribulan Syaaban sanah 1205 maka daripada hal perintah dagangan itu Insya Allah Ta’ala hamba Datuk datang sendiri bertemu dengan Kapitan Uskut serta dengan hadrat Datuk boleh berkira2
No comments:
Post a Comment