Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa ini surat serta tulus dan al-ikhlas iaitu daripada Syaudagar Nasruddin yang ada terqawaf di negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan Rab al-Anam apalah kiranya kepada pihak hadrat sahabat hamba dan kekasih hamba iaitu Kapitan Uskut yang ada istiqam serta dengan istirahat al-khair dalam daerah negeri Pulau Pinang barang ditambah Allah kebesarannya dan kekayaannya serta dipanjangkan Allah umur usianya serta beroleh sihat dan afiat dan dipelihara Allah daripada segala mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya wa ba’dah
barang mafhum kiranya sahabat hamba maka adalah hamba menyatakan kepada sahabat hamba maka daripada hal Kapitan Long membawa dagangan seperti meriam dan opiun dan embalau dan belerang itu maka sekaliannya sudahlah hamba punggahkan ke darat maka hamba muatkan lada empat ribu pikul maka di dalam itu Kapitan Long pinta kepada hamba seratus pikul maka hamba beri akan dia seratus pikul lada maka tengah duduk bermuat lada ada kira2 dua ribu pikul lebih kurang sedikit maka hamba tanya kepada Kapitan Long berapa boleh muat lada dalam kapal maka kata Kapitan Long kepada hamba boleh muat dalam kapal lima ribu pikul maka hamba fikir hamba hendak muatkan lada Mister Farli barang seribu pikul kemudian serta sudah sampai empat ribu pikul maka kata Kapitan Long kepada hamba tiadalah boleh muat lagi lada Mister Farli itu maka jadi ajaiblah hamba kapal sebesar ini tiada boleh muat lima ribu pikul maka dalam duduk bermuat lada itu datang Kapitan Lik dari Palembang membawa timah maka kata Kapitan Lik kepada Kapitan Long ia hendak muat timah di kapal Kapitan Long maka Kapitan Long pun berkhabar kepada hamba maka hamba pun suruhlah muat timah itu barang empat ratus lima ratus pikul supaya boleh lepas belanja kapal dua tiga bulan maka kata Kapitan Long boleh muat barang empat lima ratus pikul maka sudah muat lada hamba tanya Kapitan Long sudahkah terima timah Kapitan Lik itu maka kata Kapitan Long tiada boleh muat lagi timah kerana kapal sudah sarat maka hamba pun percayalah kata Kapitan Long itu maka selang beberapa hari mari Kapitan Lit mari dari Palembang duduk di Terengganu maka ia berkhabar kepada hamba Kapitan Long sudah muat timah Kapitan Lik beberapa banyaknya tiadalah boleh tahu tetapi Kapitan Long sudah bermuat timah Kapitan Lik dalam kapalnya itu maka hamba pun serta menengar khabar itu terlalu ajaib perbuatan Kapitan Long itu seperti pencuri pekerjaannya itu sebermula daripada hal segala dagangan yang hamba punggahkan ke darat ini jangan sahabat hamba susahkan sahabis2 kuasa hambalah menjualkan dagangan itu kemudian dari itu seperti hamba beri pergi surat akan sahabat dan akan Dato’ Gurnador kepada Karnigi maka surat itu hamba bawa bacakan di hadapan Kapitan Long dan Kapitan Karnigi dan Mister Krat maka sudah itu hamba tanya Kapitan Long bagaimana bunyi surat Kapitan Long serupakah dengan surat hamba ini maka kata Kapitan Long serupa suratnya itu dengan surat hamba maka diperbuatnya surat desut beri pergi akan sahabat hamba maka segala perkataannya dalam surat itu desut kesemuanya jangan sahabat pakai segala2 maka tiap2 orang baik apabila kita tunjukkan surat maka dianya pun tunjukkan suratnya jikalau ada bersalahan pun boleh berhadapan maka dianya buat surat desut seperti pencuri maka daripada hal Mister Krat itu budak terlalu baik lagi sempurna akalnya tiada sekali2 dianya khianat akan sahabat hamba melainkan dianya carikan jalan kebajikan faedah akan sahabat hamba juga boleh sahabat hamba harap suruh dianya pergi ke mana2 maka daripada hal Mister Krat kata Kapitan Long dianya berkhabar kepada hamba sahabat hamba taruh harga dagangan itu dalam seratus dua puluh lima itu bahawa sekali2 tiada Mister Krat itu berkhabar demikian itu kepada hamba hanya hamba ada berkhabar kepada Kapitan Long barangkali sahabat hamba taruh dalam seratus dua puluh lima kerana hamba lihat hal dagangan itu serta harganya dalam daftar itu kemudian dari itu maka adalah hamba beri pergi surat akan Syaudagar di China suruh jualkan kapal itu jikalau laku dua puluh lima ribu rial jikalau tiada laku bawa pulang ke Pulau Pinang tetapi pada perkiraan hamba baik dijualkan kapal itu dalam itu mana ikhtiar sahabat hamba itulah hamba turut tetapi jikalau Kapitan Long jadi kapitan dalam kapal itu nesycaya boleh hilang uwang kerana dianya orang jahat maka ahwal itulah hamba nyatakan kepada sahabat hamba tamat al-kalam diperbuat surat ini pada dua likur haribulan Muharam pada sanah 1206
No comments:
Post a Comment