Thursday, July 23, 2020

Surat Tengku Muda Muhamad Sa'at Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.124) berkaitan kapal2 yang tiba di Teluk Semawi dan permintaan barang dagangan

Qawluhu al-Haqq

Ini tulus dan ihlas  syerta  suci hati yang tiada terjangka dan tiada bermasa selagi ada kiranya peredaran cakerawala nur al-shams wa al-maqub dan syerta  perkisaran malam dan siang iaitu daripada hati barang disampaikan oleh Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya kepada sahabat Gunnador  Pulau Pinang yang boleh kebesyaran  dan kemiliaan yang memerintahkan bandar dalam nenggeri  Pulau Pinang dan yang mengasih segala dagang wa al-ba’d maka adalah umpamakan syeperti  sepohon kayu di ta  tengah padang yang rompok lagi rendang daunnya dan syerta  harum baunya maka sekalian pun bernaunglah di bawahnya kepada ketika tengah hari maka sekalian burung pun makanlah buahnya maka angin pun bertiuplah dengan lembah lembah  maka berhamburlah baunya yang amat lazat maka merasalah kepada segala anggota akan mengucap sukurlah  sekalian yang bernaung di bawahnya ini maka masyahurlah  wartanya kepada segala alam sebab mendengar perangai yang demikian itu maka rindulah kasta  inilah akan genta2 surat kita ini dan lagi arif  bijaksana kepada memerintahkan kepada berkasih kasihan antara sahabat dan handai dan taulannya wa ba’d kemudian dari itu akan surat ini daripda Tengku Muda Muhamad Sa’at dari Teluk Semawi setelah selamat sempurna sampai kepada Gunnador  Pulau Pinang dengan sejahteranya maka membukalah dengan hati yang suci dan muka yang jernih maka terhamburlah daripada lipatnya dan meterinya maka tatapilah daripada sekalian barisnya maka terhamburlah daripada perkataannya yang lemah lembut maka teranglah telinga segala yang mendengarkan dia syerta terbukalah hati saya mendengarkan perkataan yang teguh tersebut di dalam surat tan  ini amma ba’d 

adapun kemudian dari itu barang maklum kiranya akan hal ahwal perbuatan Tengku Muda kirim kertas sekeping akan Gunnadur Pulau Pinang sebab dulu sahabat Pulau Pinang ada janji lagi dengan Tengku Muda itu sekarang pun kerana Kapitan Yu Gunnadur kata tiada di Padang sekarang pun sudah di Padang Teluk Semawi sembilan kapal semuanya pertama2 kapal Benggala dua tiga dan lagi kapal Kapitan Lisin  dengan Kapitan Buaya  dua tiga dan kapal Kapitan Yu tiga jadi semuanya sembilan buah diperang itu jikalau sampai Kapitan Yu itu hamba lawat dan jikalau Gunnadur punya hendak duduk tiada ngapa sekarang pun ada lagi kasih sayang Gunnador Pulau Pinang lagi akan Teuku Muda tolong belajar barang sedikit pertama2 mari yam bu perda  ti barang suatu hamba pinnyam  dan lagi ubat bedil barang sepuluh pipir  dan lagi canawa  barang sepikul dua dan lagi opiun  yang baik satu peti Gunnador boleh bagi harganya hamba wasil pinang pertama lada Gunnador kira2 beri dengan alamat dari Pulau Pinang jikalau ada lagi kasih sayang akan Tengku Muda akan hal perbuatan ini hamba mintak kepada Allah dan kepada Rasulullah insya Allah Ta’ala Gunnador pintak doanya jikalau ada mudah buah peluru sedikit dan lagi dalam sehari dua hari itu sampai di Kapitan Yu ini kerana disuluh  dengarnya kayu  kota dalam nenggeri  Samarlanga dimasybi  apa kurangnya dicari semua2nya kapal dan akan kiriman hamba tiada satu pun hanya kain palang rusa sehelai kerana dalam kesukaran dan yang membuka surat ini Po Muda Sibang nakhodanya namanya Ketadar  beri dengan segera2 dalam sehari dua hari jangan lambat kasih sayang sangat2 demikianlah tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment