Qawluhu al-Haqq wa kalamuhu al-Sidq
Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas serta kasih sayang yang tiada berhijab iaitu daripada hamba Dato’ Syaudagar Nasruddin yang ada terqawaf di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak hadrat Dato’ Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah bandar Pulau Pinang maka masyhurlah wartanya fi kulli buldan pada hal mempunyai perangai yang lemah lembut dan terlalu arif pada hal melakukan berkasih kasihan serta tolong menolong ma bayna al-qarib wa al-ba’id dan maha bijaksana pada hal melimpahkan ihsannya pada sekalian dagang dan gharib maka jadi masyhur makmur bandarnya barang bertambah2 kiranya kebesarannya dan kemuliaannya selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan dilanjutkan Allah umur usianya supaya jadi tempat pernaungan segala sahabatnya dan taulannya dan dikurnia Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dahu
barang maklum kiranya hadrat Dato’ maka daripada hal warkah yang mukarramah dan tuhfah yang mazinah yang hadrat Dato’ ihtimalkan kepada Kapitan Long dan Kapitan Karnigi itu sekaliannya telah sampailah kepada hamba Dato’ dengan purnanya pada saat yang mulia dan pada ketika yang dia maka hamba Dato’ sambutlah dengan beberapa kesukaan dan keredhaan maka serta dibuka daripada meterinya maka dibaca daripada awal satarnya hingga akhirnya maka fahamlah hamba Dato’ barang yang termazkur dalamnya syahadan maka daripada hal Dato’ beri mari kapal Kapitan Long serta dengan dagangannya maka Dato’ suruh hamba Dato’ beri orang bersama2 Kapitan Long pergi ke Sambas maka hamba Dato’ lihat daftarnya serta dengan macam dagangan itu maka akan hal dagangan itu tiadalah patut ke Sambas dan seperti meriam itu pendek tiadalah perkenan oleh orang Sambas dan lagipun daripada hal dagangan dalam kapal itu sedikit maka pada hemat hamba Dato’ tiadalah lepas belanja kapal itu kerana belanja kapal besar maka sebab itulah hamba Dato’ penggangkan kapal Kapitan Long itu di Terengganu maka hamba Dato’ pun menyuruhlah orang jalan darat membawa surat kepada Dato’ maka dua bulan sudah lamanya maka tiadalah hamba Dato’ boleh khabar sampai atau tiada maka kemudian datang pula kapal Kapitan Karnigi membawa surat daripada Dato’ maka tersebut dalamnya Dato’ suruh kapal Kapitan Long itu berlayar pergi ke China muat lada maka daripada hal segala dagangan yang Kapitan Uskut beri mari itu maka hamba Dato’ hendak jualkan dalam Terengganu pun tiada laku kerana tinggi harganya maka dagangan itu pun tiadalah hamba Dato’ terima hanyalah meriam hamba Dato’ bawa turun ke darat kerana kapal sangatlah berat Kapitan Long minta ambil sebermula daripada hal maksud Dato’ suruh kapal Kapitan Long berlayar pergi ke China itu maka muafakatlah hamba Dato’ dengan Kapitan Long dan Kapitan Karnigi daripada hal dagangan itu maka hamba Dato’ punggahkanlah ke darat taruh maka hamba Dato’ muatkan lada lebih kurang empat ribu pikul Insya Allah Ta’ala jikalau tiada sesuatu aradnya hamba Dato’ suruh berlayarlah dalam du puluh lima haribulan Agustu maka daripada hal dagangan itu sebolehnya2 hamba Dato’ jualkan juga di Terengganu mana yang laku dan mana yang tiada laku datang Kapitan Karnigi kemudian hamba Dato’ beri pergi ke Pulau Pinang seperkara lagi daripada hal Mister Firli menyuruh Kapitan Karnigi membawa dagangan itu maka sudahlah hamba Dato’ terima segala dagangan itu maka hamba Dato’ beri pergi kepada Kapitan Karnigi dua ribu pikul lada dan lagi ada tinggal maka mana yang tinggal itu perjanjian hamba Dato’ dengan Kapitan Karnigi pulang ia dari Pulau Pinang hamba Dato’ hendak bayar selesaikan sebagai lagi daripada hal bicara Kapitan Camnan itu hamba Dato’ buat surat dengan bahasa Inggeris beri pergi akan Mister Firli maka hendaklah Dato’ periksa lihat surat itu barang yang patut kepada Dato’ minta Dato’ buatkan surat dengan nama hamba Dato’ beri pergi akan Mister Firli sebermula daripada hal adinda Nakhoda Parya Tambi itu hendaklah Dato’ beri pergi Jaga2 kecil ke Kedah panggil saudagar hamba Dato’ itu ke Pulau Pinang maka Dato’ suruh dianya berlayar bersama2 Kapitan Karnigi serta Dato’ carikan mualim yang baik bubuh dalam kici bersama2 saudara hamba Dato’ itu barang dua orang suruh dianya berlayar dengan segeranya kemudian daripada itu hendaklah Dato’ beri mari rial barang sepuluh ribu rial kepada Kapitan Karnigi kerana hamba Dato’ ada kekurangan pada musim ini ahwal itulah hamba Dato’ maklumkan ke hadrat Dato’ maka tiadalah sesuatu alamat al-hayat hanyalah doa fi al-lail wa al-ayyam tamat al-kalam diperbuat surat pada selikur haribulan Zulkaedah pada malam Sabtu waktu jam pukul sembilan pada sanah 1205
No comments:
Post a Comment