Al-Shams wa al-Qamar
Ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati iaitu daripada Yang Dipertuan Terengganu barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada anak kita iaitu Gurnador yang mempunyai kebesaran dan kekayaan di dalam daerah Pulau Pinang yang amat baik budi pekerti lagi setiawan atas melakukan berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka kita pohonkan kepada Tuhan Allah barang bertambah2 lanjut usia umur zamannya serta sihat dan afiat wa ba’dah
daripada itu barang istifham anak kita adapun akan hal warkat al-ikhlas daripada anak kita yang dibawa Sayid Zain dan Sheikh Muhamad itu telah sampailah sudah kepada kita dengan selamatnya kepada enam likur hari bulan Muharam maka disambut dengan beberapa kesukaan dan keredhaan tatkala terbukalah warkat itu daripada lipatan meterinya maka tersamiklah kalam al-ikhlas anak kita menyuruhkan Sayid Zain dan Sheikh Muhamad pulang ke Terengganu itu maka fahamlah kita segala yang termazkur di dalam warkat anak kita itu syahadan sebagai pula adalah kita menyatakan asalnya anak kita dengan Saudagar Parya Tambi itu daripada sangatnya ketakutan akan Siam itu maka menghendakilah kapal perang maka kata Kapitan Karnigi dialah jagan membawa kapal perang itu tetapi kata Kapitan Karnigi belanjanya terlalu banyak dan jikalau mau beri kurang harga lada itu boleh kita bawa sebuah kapal peperangan menunggui Kuala Terengganu daripada bulan Mei sampai kepada bulan Agust menunggu Kuala Terengganu maka anak kita pun kabullah yang demikian itu maka sekarang ini Kapitan Karnigi sampai ke Terengganu ada empat lima hari bulan Jun maka kepada penglihatan kita kapal ghurab itu bukannya kapal peperangan serupa juga dengan kapal berniaga yang datang ke Terengganu tiap2 tahun baiknya tiada datang musuh Siam jikalau datang jadi harap harapanlah kita di dalam pada itupun kita tiada munkir perjanjian kita dengan Misteri Farli maka kita beri juga harga lada tu dengan harga dua belas rial maka jadi berlalu banyak kerugian kita kepada tahun ini kira2 ada dua laksa lebih dan sebagai pula Kapitan Karnigi itu kita bawa pergi ke Kelantan mengambil lada maka dacing yang dibawa Kapitan Karnigi itu besar daripada dacing yang kita pakai di Terengganu tiga2 kati di dalam satu pikul itu pun tiada kita ambil syahadan daripada itu akan hal kita terlalu kesusahannya kerana orang lanun hendak datang ke negeri kita dan banyak perahunya ada seratus buah maka kita pun duduk berhadir akan alat peperangan dan berkukuh negeri khabarnya lanun itu dia hendak pergi ke Kochi di dalam itu hendak singgah di Terengganu dan sebagai pula akan hal kapal ghurab yang dibawa Kapitan Karnigi itu jikalau menjadi kesukaan dan keredhaan sahabat kita Misteri Farli melainkan kita minta kepada sahabat kita Misteri Farli kita hendak menyuruh pergi ke China kita besyarikat dengan sahabat kita Misteri Farli berdua sebahagi modal sahabat kita Misteri Farli sebahagi modal kita melainkan kita mengadakan lada enam ribu pikul dan akan hal kapal ghurab itu kita minta kepada sahabat kita Misteri Farli harganya dua laksa kita menanggung selaksa dan sahabat kita Misteri Farli menanggung selaksa dan jikalau dikabulkan oleh sahabat kita Misteri Farli permintaan kita itu hendaklah sahabat kita Misteri Farli itu suruhkan Kapitan Karnigi itu datang ke Terengganu pada awal musim dan jikalau tiada boleh Kapitan Karnigi itu datang melainkan hendaklah sahabat kita suruhkan kapitan kapal besar yang pergi ke China itu datang ke Terengganu dan sebagai pula akan hal harga lada jikalau dengan rial tengah2 lima belas rial pada sepikul dan jikalau opiun tiga2 likur pikul lada satu peti opiun dan akan hal bicara ini hendaklah anak kita Gurnador menyampaikan kepada sahabat kita Misteri Farli dan sebagai pula hendaklah anak kita mintakan doa kita kepada Tuhan Allah banyak2 tamat al-kalam pada dua hari bulan al-Muharam sanat 1208
Ini Kapitan Karnigi sudah kasihan sama orang kita bawa ke Pulau Pinang delapan belas orang yang mau naik haji sekarang minta anak kita tupangkan mana2 kapal yang hendak pergi sebelah Mekha
No comments:
Post a Comment