al-Samsu wa al-Qamar
al-Hamdu lillah allazi saraf al-mukminin bi sarif al-iman al-salat wa al-salam ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sahbihi wa sallam bibarakat al-nabiy sayyid al-anbiya’ amin ya ilah al-‘alamin way a khayr al-nasirin bi al-tahiyyat wa al-ikram ma’a al-du’a istijabat tajri ‘alaykum al-dawam fi al-layl wa al-ayyam kasih yang tiada berkeputusan dan mesara yang tiada berkesudahan daripada pihak martabat al-‘aziz Paduka Seri Sultan Muda yang memerintahkan tahta singgasana kerajaan Duli Yang Dipertuan dalam negeri Perak Darul Ridhuan barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya pada Gurnador yang memerintahkan tadbir dalam negeri Kota Pulau Pinang yang arif bijaksana pada jalan melakukan kesukaan dan muafakat serta berkasih kasihan akan menjadi kebajikan pada masriq dan maghrib
syahadan maka adalah kita memberi tabik pada Gurnador mengatakan tulus dan al-ikhlas hati kita hendak bersahabat dengan Gurnador itu tetapi kita ini bersahabat dengan Wolanda jikalau kedengaran pada Wolanda kita berniaga sama dengan Gurnador timah atau barang sesuatu baginya marah Wolanda akan kita apa juga kata Gurnador akan kita oleh kerana kita ini orang yang kecil dan lagi tiada kota dan kuasa dalam pada itu Gurnadorlah yang lebih tahu kemudian daripada itu akan hal Gurnador hendak berniaga timah itu terlalulah kesukaan kita jikalau terdengar pada Olanda maka dibuangkannya kita oleh Olanda apa juga kata Gurnador akan kita orang kecil ini dan lagi seperti Gurnador minta tolong bicarakan anak sagu itu lagi tengah kita bicarakan sama Duli Yang Dipertuan kemudian daripada itu kita minta tolong bicarakan beli meriam besi sepasang yang kecil panjang lima asta dan meriam tembaga sepasang yang kecil panjang empat asta akan harganya mana suka Gurnador suruh hantar Pulau Pinang pun kita hantar dan jikalau di Kuala Perak pun kita hantar juga dan meriam itupun demikian juga jikalau sudah boleh dan jikalau barang siapa membawa surat kita ini sampai pada Gurnador itulah orang kepercayaan kita kemudian timah pun ada sedikit tiadalah dengan sepertinya kemudian daripada itu maka suatu pun tiada apa tanda ikhlas serta putih hati daripada kita hanyalah timah empat biji keping berat timbangannya tengah dua pikul hadiah kita akan menjadi barang2 gunanya pada Gurnador kita minta terima dengan sukahati seperti bunga sekutum juga adanya pada Gurnador intaha al-kalam tersurat pada tiga hari bulan Zulkadah hari Jumaat waktu duha sudahnya sanah 121
No comments:
Post a Comment