Wednesday, July 29, 2020

Surat Yang Dipertuan Tua Siak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.134) berkaitan perdagangan dengan Pulau Pinang (Selasa 1 Zulhijah 1202 / 2 September 1788)

Qawluhu al-Haqq

Ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada Yang Dipertuan Tua yang ada berhenti dalam negeri Siak Darul Ihsan barang diwasilkan tuan habib al-rahim kiranya kepada sahabat saya Senyor Gurnador yang istirehat al-khair memerintah dalam negeri Pulau Pinang yang amat arif budiman lagi bijaksana pada jalan perintah berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka masyhurlah tersebut nama yang kepujian daripada melimpahkan adil dan kemurahan pada segala dagang qarib dan ba’id maka barang dilanjutkan Allah umur dan zamannya dalam sihat dan afiat amin ya Rab al-‘alamin wa ba’d 


daripada itu mafhum kiranya sahabat saya maka adalah saya menyuruhkan Sayid Zubir ke Pulau Pinang dua buah yang perahu yang satu ada membuat sagu nakhodanya Tahir dengan Nakhoda Udin selamat sampai ke Pulau Pinang harablah  saya akan tolong sahabat saya daripada barang suatu hal ahwalnya perahu yang dua itu baik daripada jual belinya dengan tolong sahabat saya juga kerana nakhodanya orang belum biasa ke sana dan jikalau sudah selamat selesai daripada jual belinya sahabat saya suruh segera kembali pulang ke Siak kemudian adalah gading sepasang tanda alamat al-hayat serta doa fi al-lail wa al-nahar barang selamat panjang umur tamat sanah 1202 pada selikur hari bulan Zulhijah pada Selasa pada waktu al-duha beratnya lima puluh tiga kati sah

No comments:

Post a Comment