Qawluhu al-Haqq
Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-salat wa al-salam ‘ala sayyidina Muhammad wa alihi wa sahbihi ajma’in amma ba’du
adapun kemudian dari itu maka inilah salam doa serta takzim dan takrim daripada Dato’ baginda Qadi dalam negeri Kampulan datang mendapatkan wajah darjat yang tertinggi tempat yang mulia kehadapan telapak kaki Tuan Komandor serta tuanku Panglima dalam daerah bandar Padang Darul Salam serta Marah Bongsu kemanakan kami kami nan separa di darat separa dalam dalam Kampulan lalu pula mendapatkan Syaudagar Besyar Betuah dalam bandar Padang maka adalah salam baginda Qadi itu serta Dato’ baginda dan To’ Besyar dan Dato’ Bendahara dan Dato Setia dan serta Tun Besyar dalam negeri nan Tiga Lurah serta Dato’ Tun Mendahara dan Dato’ Maharaja Indu serta Dato’ Tun Maja Besar dan Mualim Bendahara adapun surat nan dikirimkan kepada kami sudah sampai kepada kami dengan selamatnya telah mengertilah kami dalamnya terlalu banyak suka kami segala syaudara marah bangsa dalam nan Tiga Lurah segala kehendak adik beribu kehendak kami akan tetapi kami suka nian turun berniaga kepada bandar Padang memali pernaikan Tuan Komandor jikalau suka Tuan Komandor berniaga sama kami sekalian anak rawa tetapi adalah kami berhati mamang sebab utang Raja Santang kerana itulah kami berhenti turun supaya tahu Marah Bongsu akan hal kami jikalau suka Tuan Komandor serta Tuanku Panglima menjawat anak rawa hendaklah Tuan Komandor dan beri tapak tangan Tuan Komandor kepada baginda Qadi supaya senang hati kami tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment