Qawluhu al-Haqq
Bahawa ini wa[r]qat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada hamba Datuk Syaudagar Nasruddin barang disampaikan Tuhan Allah apalah kiranya ke hadrat Datuk Gurnador yang ada dengan istirahat al-khair serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah Pulau Pinang serta beroleh kebesaran dan kemuliaan barang dilanjutkan Allah umur usianya serta beroleh sihah dan afiat selagi ada hayat zamannya serta melakukan tadbir perintah khair dan solah lagi memberi manfaat faedah atas sekalian dagang dan miskin maka masyhurlah wartanya pada sekalian bandar barang dikekalkan Allah kiranya dalam kerajaannya selagi cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah
barang maklum kiranya hadrat Datuk maka akan hal hamba Datuk ini dengan tolong Allah dan RasulNya telah sampailah hamba Datuk ke Terengganu dengan selamatnya pada dulapan haribulan Muharam ini sebermula ahwal Kapitan Danlap itu dianya ada orang baik tetapi kain pakainya tiada ia percaya perangainya tiada baik serta beberapa diajar oleh Misteri Krat tiada juga ia mau ikut katanya dan lagi beberapa ditolong akan dia mengangkat lada hendak disegerakan dengan perahu dengan teman2 antar ke laut maka dianya terlalu alpa dan lagi tiada ia tahu adat Raja2 Melayu hendak mengambil hati maka beberapa diajar pun tiada ia mau turut maka daripada hal opiun hamba Datuk sudahlah terkena pada tahun ini maka sangatlah jadi kerugian atas hamba Datuk maka hamba Datuk percaya katakan opiun kompeni capnya pun cap kompeni maka tatkala di Pulau Pinang pun hamba Datuk tiada periksa maka hamba Datuk beri mari ke Terengganu maka serta sampai ke Terengganu diperiksa adik hamba Datuk berhadapan Kapitan Karnigi serta ditimbang beratnya sembilan puluh tiga kati maka bangsanya pun kurang serupa opiun parniu maka dengan sebab itulah hamba terangkan di dalam surat sekalian perintah maka ahwal lada hamba Datuk himpunkan lebih kurang empat ribu pikul dan lain itu hamba Datuk bicarakan emas barang beberapa boleh berikan dia sebermula bicara jikalau suka hadrat Datuk hamba Datuk pintak beli satu kapal bersama2 Datuk serta Mister Firli bertiga orang jikalau boleh Datuk bicarakan Kapitan Camnan serta Mister Firli serta hamba Datuk bercampur kerana Kapitan Camnan itu tahu adat Melayu boleh jadi bicara mencari untung kerana Kapitan Danlap itu lekas sangah kecil hati maka jadi susah hamba Datuk bicara dengan dianya maka zaman Kapitan Galas layan bicara mana kata hamba Datuk iaitu turut maka jadi berbetulan sekalian bicaranya maka adat Melayu Datuk lebih tahu sekalian perintah maka sekarangpun jikalau Mister Firli suka bicara ini membeli dagangan dan kapal dengan seguran maka kemudian daripada itu rial hamba Datuk pada Mister Firli Datuk terima di Pulau Pinang Datuk tolong selesaikan dan lagi harta hamba Datuk pada Kapitan Galas itupun minta Datuk tolong bicara pada Mister Firli boleh keluar dalam harga Kapitan Galas jangan hamba Datuk teraniaya banyak rugi dan lagi segala dagangan hamba Datuk kehendaki segala jenisnya hamba Datuk beri pergi surat pada Kapitan Danlap itu boleh Datuk buat surat beri pergi pada Misteri Firli cari dagangan itu dan lagi harta Datuk kepada Kapitan Camnan itu mintak Datuk antar surat boleh Mister Firli terima pada tahun ini boleh Datuk terima di Pulau Pinang maka tiada hamba Datuk panjangkan kalam maka ahwal itulah hamba Datuk maklumkan tiada apa ada tanda hayat serta hamba Datuk kirim tabik akan Kapitan Uskut banyak2 diperbuat surat ini pada sembilan belas haribulan Muharam tamat al-kalam bi al-khair
No comments:
Post a Comment