Qawluhu al-Haqq
Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada perhamba Dato’ Syaudagar Nasruddin yang ada terqawaf di negeri Terengganu Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-alam apalah kiranya kepada hadrat Dato’ Gurnador yang istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah Pulau Pinang serta beroleh kebesaran dan kemuliaan barang bertambah2 kebesarannya dan kerajaannya serta beroleh kesenangan selagi ada hayat zamannya wa ba’dah
barang maklum kiranya hadrat Dato’ maka adalah hamba Dato’ maklumkan ke hadrat Dato’ jikalau jadi benar kepada Dato’ maka hamba Dato pinta belikan kapal sebuah yang baharu yang umur dua tahun atau tiga tahun kapal yang baik yang boleh muat tengah empat ribu pikul tetapi Dato’ sebahagi Mister Firli sebahagi hamba Dato’ sebahagi dan lagi jika boleh Mister Firli bubuh orang putih yang baik serta adun kapal itu alatnya seperti kapal perang sebab pun hamba Dato kehendaki yang demikian itu kerana pada zaman ini lautan sebelah timur ini sangatlah cemarnya sebab itulah hamba Dato’ kehendaki alat yang baik kerana adat orang Melayu Dato’ pun lebih maklum maka daripada hal kapal itu jika sampai ke Terengganu Insya Allah Ta’ala hamba Dato’ sendiri hendak berlayar pergi ke sebelah tanah Brunei maka hendaklah Mister Firli muatkan dagangan kain barang empat lima puluh ribu rupia dan opiun barang empat ratus peti opiun patana dan opiun maka akan hal dagangan itu boleh hamba Dato’ bayar dalam seratus tiga puluh akan opiun itu hamba Dato’ dengan harga tiga ratus tiga puluh lima rial sepeti maka apabila sampai kapal itu ke Terengganu mana dagangan yang boleh jual di Terengganu hamba Dato’ ambil dan mana yang tiada boleh jual dibawa berlayar dan lagi mana ada dagangan yang kepada hamba Dato’ di Terengganu boleh hamba Dato’ muatkan di kapal itu maka daripada hal dagangan itupun dibawa jual ke sebelah tanah Brunei juga maka akan hal labanya itupun Dato’ sebahagi dan Mister Firli sebahagi hamba Dato’ sebahagi maka pada fikiran hamba Dato’ terlebih untung daripada pergi ke negeri China daripada harga lada dan timah lebih baik jualan di Terengganu dari Pulau Pinang jika jadi bicara ini pinta Dato’ beri pergi surat akan Mister Firli pinta Mister Firli jadikan kapitan dalam kapal itu akan Kapitan Karnigi kerana Kapitan Karnigi itu boleh jadi berbicara dengan hamba Dato’ maka hamba Dato’ pun sangatlah suka kepada Kapitan Karnigi itu dan segala khabar perniagaan segala negeri itu kesemuanya yang hendak pergi itu sudahlah hamba Dato’ khabarkan kepada Kapitan Karnigi maka apabila sampai Kapitan Karnigi ke Pulau Pinang boleh Dato’ periksa dianya dan lagi pada fikiran hamba Dato’ seperti opiun jika hamba Dato’ bawa ke sebelah tanah Brunei itu pada kira2 hamba Dato’ boleh jual dengan harga empat ratus rial maka apabila sudah berniaga sebelah tanah Brunei pulang ke Terengganu maka apabila sudah berlayar segala kapal pergi ke China maka mana dagangan yang tinggal seperti lada dan timah boleh muat bawa ke Benggala jadi dua tiga kali untung dalam satu musim di dalam itupun lebih maklum Dato’ jikalau sudah jadi benar kepada Dato’ maka hendaklah Dato’ beri pergi surat akan Mister Firli boleh dengan segeranya disediakan taruh sementara sampai Kapitan Karnigi serta sampai Kapitan Karnigi ke Benggala boleh berlayar ahwal itulah hamba Dato’ maklumkan ke hadrat Dato’ tamat al-kalam diperbuat surat pada enam likur haribulan Muharam pada sanah 1206
No comments:
Post a Comment