Qul al-haq wa lau kan murran
Qul al-haq wa lau kan murran
Qul al-haq wa lau kan murran
Bahawa inilah surat warkat al-ikhlas yang telah termazkur dalam daerah negeri Pagar Ruyung iaitu daulat yang Dipertuan Nan Besar Nan Sepeti di dalam alam Minangkabau
yang memeri warkah yang indah2 dan sejarah yang mulia pada segala alam ini yang telah memeri titah daulat yang Dipertuan Nan Sepeti Nan Beruas Empat dan Hatib Paluan gagah menitahkan daulat Yang Dipetuan Nan Besar Cucu Maharaja Dipang di Negeri Pagar Ruyung telah turun ke bandar masing meramaikan bandar masing serta Dato’ Besar dalam negeri Natar dan serta Inggeris dan Aceh dan serta tigu piaman dan segala raja raja di Pemanggar itu dan Padang dan bayang terusan dan selida batang kapah dan segala anak raja raja dalam bandar Sepuluh melainkan sama2 meramaikan bandar masing itu serta anak Wolanda dan anak Inggeris dan anak Aceh serta lubuk agam hingga sebelah gunung berapi melainkan hendaklah dihirupi pentahan daulat itu pada segala anak raja raja pada sekalian alam ini kerana daulat itu hendaklah meramaikan tigu piryaman dan bandar itu seperti adat Dato’ Besar dalam natar manjang daulat itu serta anak Inggeris dan Aceh rapat mengormat daulat itu dan emas dan pakaian daulat itu sekarang telah tiba daulat dalam Tigu Piyaman membawa Inggeris dan Aceh meramaikan segala bandar ini melainkan junjunglah oleh raja di Tigu Piryaman dan Dato’ Besar di Mangkup seperti adat Dato’ Besar di Natar Manjang menjunjung daulat dan belanja emas dan kain baju pandang terapung demilianlah pula oleh Maharaja Nakda dan Orang Kaya Sawa Raja dan Dato’ Besar Mangkup dan Maharaja Nakda di Peryaman dan rapat segala anak Raja2 di sini dan segala menteri hulubalang dan segala pegawai Imam Hatib dan alim pendeta sekalian rapat menjunjung daulat megirangkan rajanya pada tiap2 sekalian negeri pesisir ini melainkan rapatlah segala raja raja semuanya tiada dapat tiada mengirangkan daulat ke Padang menuntut empanglima panglima raja dalam negeri Padang suruh tebuang ke Pulau Damar apa sebab dibuang anak kami apa2 derhakanya kepada segala hamba rakyat atau kepada anak Walanda melainkan hanya dikembalikan kepada kami ke Pagar Ruyung sekarang sudah dibuang anak kami oleh Walanda dari mana boleh kuasa anak Walanda dari Raja Rom kah atau dari benua China kah atau daripada kami kah jikalau tiada daripada kami yang betiga besyaudara itu tiada siapa beroleh kuasa dalam alam dunia ini melainkan Allah Subhanahu Wa Taala juhanya yang berkuasa berbuat sekehendaknya sekarang tiadapat tiada kembalikan jua ke negeri Padang seperti adat memunuh Raja2 dan kembalikan akan dia duduk dalam negeri Padang seperti lembaganya dahulu sedikit jangan berubah itupun hendak kami ketahui pula siapa yang punya perbuatan atau perbuatan bendahara kah itu atau perbuatan Muallim Megat kah atau perbuatan sekehendak anak Walanda kah melainkah hendaklah kamu nyatakanlah kepada Orang Besar daulat dan hakimnya dan hulubalangnya dan segala raja raja yang mengiringkan daulat itu kemudian dari itu pula datang kepada Muallim Megat maka menitah daulat kepada Muallim Megat lah selagi2 dilihat daulat setelah keluar Raja dari negeri Padang itu maka dipakai pakaiannya oleh Muallim Megat apun Raja itu anak kami dan kami anugerahi akan dia pakaian kami maka dianya sudah dibuang maka dipakai saja oleh Muallim Megat mengapa tiada dikembalikan pada kami siapakah memerikan kepada Muallim Megat melainkan hendaklah kembalikan kepada kami dengan pengembalikannya pakaian itu dan serta beberapa kesalahan Muallim Megat kepada daulat kemudian dari itu apiun sepak terampas di Peryaman kembalikan oleh Muallim Megat ke tangan daulat tiadapat tiada kembalikan jua harga piun dengan lepatnya harga barang2 adat orang berniaga dan serta kesalahan Muallim Megat kembalikan ke tangan daulat kemudian daripada itu adapun segala Raja Raja di Tigu di Peryaman telah banyak dibinasakan anak Walanda dan Ma’alim Megat itupun tiada suka hati daulat kerana negeri sudah dibinasakan Walanda dan Muallim Megat hendaklah kembalikan seperti adatnya dahulu kala jikalau tiada demikian tumbanglah dengan barang sekehendak daulat emas dan perak kerana bandarnya dibinasakan oleh Walanda dan Muallim Megat melainkan tiada suka hati daulat Yang Dipertuan akan Walanda itu dan Muallim Megat melainkan bayarlah hutang Muallim Megat seperti yang telah tersurat dalam surat ini atau hutang anak Walanda bayarlah kepada tangan daulat tiadapat tiada dikeduanya jua adanya tamat al-kalam
Kemudian perintahan daulat pada sekalian alam ditia ini segala2 janganlah dimasukkan penting daulat Nan Besar Piyun itu pada sekalian tiap2 negeri barang siapa membawa apiun itu tangkap panjang oleh segala raja raja dan penghulu dan sekalian rakyat jikalau tiada disungguhkan seperti titah kami itu tiadalah ia berraja kepada kami2 sumpahlah sebenar2 sumpah kami keluarlah imannya munkir daripada kami munkir lah pula Allah Ta’ala kami kepada pintalah kepada2 kan lah ia kan bis qawiy selama lamanya tamat
Allah akan dia kunlah
No comments:
Post a Comment