(MS 40320/11, f.120)
Ya Rahmat lil ‘alamin
Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta tabi banyak2 daripada pihak Tuanku Panglima Raja Johan dan segala Penghulu2 Yang Dua Belas dalam negeri Padang maka barang disampaikan Allah Subnahanahu Wa Ta’ala datang ke bawah duli hadrat Tuan Komandor Mistakul dan serta Kanasir2 yang Empat yang duduk dalam bicara kompeni Inggeris dalam negeri Bengkulu syahadan ialah yang mengampukan segala pekerjaan alam ini dan yang memerintahkan sekalian negeri dan bandar yang besar maka termasyhurlah warta adilnya yang amat kemurahan maka menerima syukurlah segala raja2 dan orang yang besar2 yang bersuasa di bawah perintahnya serta menadahkan tangan meminta doa kepada Tuhan Rab al-‘Arsh al-‘Azim bahawa barang dilanjutkan Allah tawil usia umur Tuan Komandor dan serta Kanasir2 Yang Empat di Bengkulu jua adanya amin wa ba’dah
kemudian daripada itu maklum jua kiranya oleh Tuan Komandor dan serta Kanasir2 Yang Empat di sana akan hal kala berkirim surat ini atas peri mengatakan bahawa tatkala sepeninggal Tuan Komandor Misteri Mazin pulang ke Bengkulu sedikit lama antaranya maka tambahlah bala dan kesengsaraan yang amat sangat kembali dalam negeri Padang iaitu pohonnya oleh sebab kerana pekerjaan Tuanku Panglima Raja Jalil yakni pada satu hari yang ia itu telah menyuruhkan hulubalangnya pergi membunuh Raja Johan Penghulu Pawah Tengah Bali di muka rumah hamba pada ketika itu hamba adalah tidur dan lelak maka hamba bangun serta terkejut maka hamba lihat segala orang2 isi negeri semuhanya sudah ceroboh terkempir haru biru ke sana dan ke mari sebab ketakutan dan kegentaran kerana Tuanku Raja Jalil pada hari itu jua telah terbit keluar dari pajinan dengan segala hulubalangnya bersama2 dengan orang Aceh serta alat senjatanya beberapa bedil dan tombak yang ia itu pergi mencari mayat Raja Johan hendak mengambil kepalanya maka mayat Raja Johan itu sudah dilarikan syaudaranya ke Pawah setelah hari itu habis Raja Johan tertanam pada keesokan harinya terbitlah ia yang tiga lurah hendak menuntuti kematian Raja Johan itu maka hendak dicarinyalah ke Pandak dan ke Pulau Karam sebab Tuanku Raja Jalil itu ada bertapak di situ maka dihalantanginya oleh Raja Di Hilir wakil Bendahara itu segala tiadalah diberinya masuk hanya katanya Raja Di Hilir itu jikalau kampung hamba ditempuh lebih baik kepala hamba bercerai dengan badan hamba demikianlah adanya maka diserangnyalah Pandak dan Pulau Karam oleh yang tiga lurah lalu berperanglah pada masa itu dalam dua hari berperang maka halahlah Pandak dan Pulau Karam lalu terbakarlah segala rumah2nya tetapi seperti Tuanku Raja Jalil sudah lari keluar dari Padang maka perang itu sudah berhenti tetapi segala orang2 isi negeri adalah bercerai berai jua adanya maka atas peri hal hamba Panglima Raja Johan dan segala penghulu2 Padang dan Penghulu2 Pawah Kota Tengah segeralah berbuat muafakat hendak mengempurkan segala anak buah yang cerai berai serta hendak mencari jalan kebajikan dan kesenangan dalam negeri maka kami panggillah Raja Di Hilir wakil Bendahara itu maka tiadalah ia mau datang maka kami panggil dua tiga kali baharulah ia datang maka kami lihat adalah dengan tika cemburuannya dewasa itu maka kami pulangkanlah bicara kepadanya daripada kami hendak mengambil teman kepadanya serta meminta fikirannya maka ia menjawab Raja Di Hilir itu sekarang bagaimana hamba boleh masuk bicara segala tuan2 kerana hamba tiada bertempat hamba tiadalah salah rumah hamba sudah terbakar dengan tiada sebab kerananya biarlah demikian katanya kami dengar Raja Di Hilir itu dari kami hendak berteman jua dengan dia maka kami dudukkanlah ia pada satu rumah yang baik dalam kampung Padang samalah ia tinggal pada rumah itu maka keesokan harinya maka larilah ia dengan mucutnya bersambunya tiada dengan setahu kami maka hairanlah kami melihat kerjanya Raja Di Hilir itu maka kami panggil kembali beberapa tiadalah sekali2 ia mau datang tetapi kami sudah tahu kerjanya henda mengikut pekerjaan Tuanku Raja Jalil maka berbicaralah kami semuhanya maka kami mintalah surat perjanjian yang kekuasaan daripada Tuan Komandor yang dibawanya dari Benggkulu kerana surat itu akan tinggal dalam tangan Tuanku Panglima Raja Johan itu maka tiadalah kami dapat kerana surat itu sudah dikasihkannya bersambunya kepada Tuanku Raja Jalil itu sedikit tiadalah ia memberi khabar kepada kami tetapi surat perjanjian itu dahulu dari dianya memberikan kepada Tuanku Raja Jalil itu kira2 adalah empat lima hari baharu dianya datang dari Bengkulu itupun sudah diminta Tuanku Raja Johan kepadanya belum lagi dikasihkannya katanya Raja Di Hilir itu nantilah dahulu kerana teman hamba penghulu yang tiga orang belum lagi datang jikalau ia datang nantilah hamba kasihkan kepda Tuanku demikianlah katanya Raja Di Hilir itu kiranya dalam itu sudah dikasihkannya saja bersambunya adanya dari itulah sekarang ini rapat kami yang tiga lurah dan sudah kami lepaskan Raja Di Hilir itu turun daripada kebesarannya dan kekuasaannya segala2 kami tiadalah mau bercampur bicara dengan dia kerana dianya tiadalah lagi peduli segala bicara2 dan lagi jikalau tiada sebab kerjanya pula Raja Di Hilir dikasihkannya masuk Tuanku Raja Jalil bertanah di Pandak dan di Pulau Karam maka kampung yang dua itu tiadalah
(MS40320/11, f. 119)
Tiadalah akan hangus terbakar adanya sebab itulah kami membilangkan ke bawah hadrat tuan Komandor dan serta kanasir2 Yang Empat supaya tuan tahu adanya sekarang maka dengan insya Allah negeri Padang adalah tetap dan senang juga adanya dan sebagailagi barang tahu kiranya tuan Komandor dan serta Kanasir2 Yang Empat di Bengkulu adapun seperti orang2 Wolanda yang merdeheka dan serta cina2 sekalian sekarang ini kami lihat dari hal laku tingkahnya itu sudah berlainan daripada kelakuannya yang dahulu kala iaitu daripada sebab selama ia sudah menengar khabar mengatakan gedung kompeni Inggeris di Bengkulu telah habis ditembak patas sekarang maka menjadi kekuranganlah kompeni tiadalah lagi menyimpan ubat mensiu yang seperti dahulu kalanya daripada itulah maka menjadi besarlah hatinya kami lihat akalnya segala mereka itu tiadalah ia mau satu hati dengan kami kalau barangkali datang anak2 selisih peperangan dari gunung atau dari mana2 tiadalah ia suka lagi menolong kepada kami demikianlah adanya adapun sebab kami bilangkan seperti demikian kepada tuan Komandor kerana kami sudah mendapat khabar daripada mulut seorang orang Cina Kiyai Gemuk namanya oleh kami di Padang yang ia mengatakan dianya telah disuruh Wolanda yang merdeheka dan serta Cina2 iaitu pergi mencuri berlayar mengantar sepucuk surat ke Betawi tetapi Kiyai Gemuk itu bilangkan kepada kami tiadalah ia tahu kepada isinya suratnya itu sekarang kami fikir tidapat tiada dalam suratnya itu ialah pergi membilangkan kompeni Inggeris tiadalah lagi ada menyimpan ubat mensiu dalam Banggul tetapi sekarang sayugianya hendaklah Tuan Komandor suruh jaga perahunya Cina itu jua adanya adapun sebab kami segeralah membilang kepada Tuan Komandor kerana kami tiadalah mau menyimpan anak pekerjaan Wolanda dan Cina kalau apa2 perjalanannya yang di luar kompeni Inggeris kalau kami lihat hendaklah kami xxxxxx jua kepada xxxx kekuasaan daripada kompeni Inggeris jua adanya tamat al-kalam
Tersurat dalam negeri Padang pada selapan belas haribulan Jamadil Akhir tahun seribu seratus sembilan puluh enam tahun2 wau tamat al-kalam
To be read carefully
Raja Johan & chiefs of Padang
No comments:
Post a Comment