Ya Aziz al-Karim
Asalullah Ta’ala bi asmaih al-izam wa anbiya al-kiram an yadim ‘iddatikum wa al-tamkin maka diidafatkan dengan berapa2 sembah dan takzim daripada adinda nian barang diwasilkan Allah kiranya baqiat la yaghni iaitu ke hadrat kekanda Syaudagar Nasruddin ‘izzat Allah Ta’ala ‘ala al-dawam amin amma ba’dah
dari itu ahwal adalah adinda apa sekalian telah sampailah dengan purnanya kepada dua puluh hari bulan Ramadhan ke Kedah maka segala bingkis itupun sudah disambut oleh Yang Dipertuan Kedah dengan ‘izzatnya akan segala maksud itupun hendak ditolong juga mana sebolehnya kepada sepuluh hari Syawal sampai ke Pulau Pinang maka surat itupun disambut oleh Gunador itupun dengan sepertinya maka itupun hendak tolong mengantar baris dan segala surat itupun ia hendak hantar ke Benggala dengan sulab Jaga2 maka akan adinda punya Insya Allah Ta’ala kepada bulan Syawal ini juga adinda berjalan ke Terengganu akan hal negeri Kedah inipun inipun tiadalah akan senang hendak dihuru hara Siam akan perintahnya tiada dapat tiada melainkan pinta kekanda beri mari kekanda itu Parya Tambi dengan sulab boleh membelakan segala anak buah kerana adinda pun hendak berjalan tiada siapa hendak meninggal membela sekalian anak buah maka segala anak buah kita sekalian pun dengan tolong Allah dan RasulNya sekalian ada dengan selamatnya ahwal itulah adinda maklumkan tamat perbuat surat kepada sembilan belas haribulan Syawal hari Jumaat tamat
No comments:
Post a Comment