Al-Shams wa al-Qamar wa al-Nujum
Bahawa ini sahifat al-ikhlas dan tuhfat al-ajnas iaitu daripada Paduka Seri al-Sultan Zainal Abidin ibn al-Sultan Mansur ibn al-Marhum al-Sultan Zainal Abidin yang di atas tahta kerajaan negeri Darul Salam barang diwasilkan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada pihak sahabat kita dan kekasih kita iaitu Gurnador Pulau Pinang yang mempunyai kebesaran dan kerajaan dalam daerah jazirah Pulau Pinang barang dipanjangkan Allah umur usianya serta bertambah2 kekayaannya dan dianugerah Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah
barang mafhum kiranya sahabat kita maka daripada hal warkah yang mukarramah dan tuhfah yang mazinah yang sahabat kita beri mari kepada Kapitan Karnigi itu telah sampailah kepada kita dengan purnanya maka kita pun sambutlah dengan beberapa kesukaan dan keredhaan maka serta dibuka daripada meteri lafifahnya maka fahamlah kita barang yang termazkur dalamnya syahadan daripada hal dagangan yang kita pinta kepada sahabat kita Mister Farli itu maka dibawa oleh Kapitan Karnigi maka sudahlah kita terima ambil dagangan itu seperti perjanjian kita maka sudahlah kita bayar ladanya kepada Kapitan Karnigi selesailah sudah ambilan bayaran maka daripada hal dagangan terlalulah jatuh harganya dalam Terengganu tiadalah siapa mau beli segala2 dagangan dan opiun pun jatuh juga harganya dalam Terengganu pada tahun ini ahwal itulah kita nyatakan kepada sahabat kita maka tiadalah sesuatu alamat al-hayat hanyalah doa fi al-layali wa al-ayyam diperbuat surat ini pada sembilan likur haribulan Muharam pada sanah 1207
Maka daripada hal dagangan yang dibawa Kapitan Karnigi terlalu mahal harganya kain itu hendak dijual modalnya pun tiada laku sebermula maka kita minta tolong kepada sahabat kita beri pergi surat kepada Mister Farli minta belikan pemuras tembaga panjang tengah tiga jengkal mulutnya kepek barang lima belas pasang dan pamor besi lima belas pasang panjang tengah tiga jengkal juga itulah kita minta tolong belikan kepada sahabat kita Mister Farli dan harganya mana yang patut kita ambil tamat
No comments:
Post a Comment