Al-Shams wa al-Qamar
Warkat al-wujud hadiat al-mamdud maka dipesertakan dalamnya tulus dan ikhlas yang tiada menaruh syak dalamnya iaitu daripada Paduka Seri Sultan Zainal Abidin ibn al-Sultan Mansur yang mempunyai tahta kerajaan negeri Terengganu barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita iaitu Gurnador yang mempunyai kebesaran dan kekayaan di dalam daerah Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi budiman sempurna budi bicara mencari jalan yang kebajikan serta berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka masyhurlah wartanya pada segala negeri maka dipohonkan kepada Tuhan Allah barang bertambah2 lanjut usia umur zamannya serta sihat dan afiat selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah
daripada itu barang istifham sahabat kita adalah kita menyuruhkan Wan Iman kepada sahabat kita membawa warkah ini daripada menyatakan hal Parya Tambi itu tatkala lagi ada ayah kita maka iapun menyuruh menyuruh Parya Tambi itu pergi ke Kedah bersama2 dengan Sayid Zain ada membawa modal sedikit2 maka ayah kita pun menyuruh menyelesaikan segala perkiraan di Pulau Pinang kepada kapal Kernatuk maka segala perkiraan yang disuruhkan ayah kita kepada Parya Tambi itu tiadalah boleh kita mendengar yang tentunya maka Parya Tambi pun tiada datang ke Terengganu maka sekarang ini segala perkiraan utang piutang kita yang di Pulau Pinang itu maka janganlah sahabat kita masukkan dengan Parya Tambi lagi kerana pada fikiran kita akan Parya Tambi itu tiadalah dia pulang ke Terengganu dan sebagai pula kita memberi istifham kepada sahabat kita adalah yang kita ketahui pada waktu Kapitan Long datang ke Terengganu ada ia membawa dagangan maka ditinggalkannya di Terengganu dagangan itu kemudian maka kapal Kapitan Long itu dimuatkan oleh Saudagar Nasruddin dengan lada lalu dia pergi ke China maka sekarang ini akan fasal perkiraan dengan kapal Kapitan Long itu melainkan kita minta selesaikanlah kepada sahabat kita bagaimana yang jadi patut kepada sahabat kita dan lagi segala perkiraan yang di Pulau Pinang sekaliannya itu melainkan telah harablah kita akan sahabat kita menyelesaikannya boleh putus segala perkiraan yang dahulu dan lagi ada Kapitan Uskut hendak membayar rial harga kapal lima ribu yang kita punya bahagian maka daripada hal harga kapal itu sahabat kita pun sudah mengetahui dia terlalulah rugi di dalam pada itu bagaimana yang jadi patut kepada sahabat kita jangan banyak kita rugi di dalam kapal itu jikalau suka sahabat kita melainkan kita minta harga kapal itu tujuh ribu lima ratus itupun kerugian kita tengah tiga ribu dan sebagai pula kita memberi istifham kepada sahabat kita ada Parya Tambi berpesan kepada kita mengatakan ada lagi utang kita kepada Kapitan Danlak seribu empat ratus pikul lada maka kita pun sangatlah hairan akan perbuatan Parya Tambi itu dengan bagaimana jalan maka ada lagi kita berutang kepada Kapitan Danlak kerana sekarang ada kita mendapat satu surat tapak tangan Kapitan Danlak bahasa Inggeris dan satu surat tapak tangan saudagar bahasa Melayu maka tersebut di dalam surat tapak tangan itu mengatakan ada lagi utang Kapitan Danlak dua belas ribu seratus dua belas rial lima duit maka tersebut pula di dalam surat itu Misteri Farlilah membayar rial yang tersebut itu kepada sahabat kita maka inilah kita memberi istifham kepada sahabat kita adakah sahabat kita sudah terima atawa belum kepada Misteri Farli dan jikalau belum sahabat terima rial itu melainkan kita hendak menyuruh minta kepada Misteri Farli kerana surat tapak tangan Kapitan Danlak itu sudah kita tunjukkan kepada Kapitan Karnigi serta kita tanya kepada Kapitan Karnigi sudahkah Misteri Farli membayar rial itu kepada sahabat kita atawa belum maka kata Kapitan Karnigi sekali2 tiada ia mengetahui akan fasal rial maka sekarang itulah halnya perbuatan Parya Tambi akan kita telah harablah kita akan sahabat kita mengikhtiarkan Parya Tambi dengan kita dan sebagai pula seperti rial dan tembakau Cina dan opiun yang dibawa Kapitan Karnigi dahulu itu maka sekarang ini di mana duduknya adakah di dalam tangan Parya Tambi atau di dalam tangan Saudagar Mirangkandu jikalau di mana2 duduknya harta itu hendaklah sahabat kita ambil pegangkan dahulu dengan segala perkiraan Parya Tambi mana yang ada di dalam Pulau Pinang itu kerana kita hendak menyuruhkan orang kepada sahabat kita bersama2 dengan kapal Kapitan Karnigi atawa dengan kita punya kici akan me xxxxx pemergian axx itu serta membaxx surat tapak tangan Kapitan Danlak menunjukkan kepada sahabat kita tamat al-kalam pada tiga hari bulan Zulhijah sanat 1208 dan akan Parya Tambi jikalau ia akan datang ke Terengganu berjalan darat akan perahu dengan senjatanya itu hendaklah sahabat kita ambil pegangkan dahulu dan seperti jam itupun hendaklah sahabat kita berikan kepada Wan Iman membawa ke Terengganu wa al-salam khatam al-kalam tamat
No comments:
Post a Comment