Al-Shams wa al-Qamar wa al-Nujum
Surut tulus ikhlas serta suci hening yang tiada berputusan daripada hamba Dato’ Syaudagar Nasruddin barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada hadrat Dato’ Gurnador yang memerintahkan di kantor kompeni Inggeris di dalam negeri Pulau Pinang yang arif bijaksana telah masyhurlah namanya pada segala negeri di bawah angin dan lagi mengasihani pada segala dagang senteri segala hamba Allah yang kasihin miskin menyampaikan segala maksud daripada pihak tolong menolong telah masyhurlah nama yang ihsan pada segala handai taulan kharib wa al-ba’id amma ba’dah
barang mafhum kiranya ahawal hamba Dato’ maklumkan pada hadrat Dato’ daripada pekerjaan Misteri Farli dan Dato’ surat Kapitan Hamilton itu telah sampailah ia ke Terengganu maka hamba Dato’ pun tiada pada ketika itu maka ada selang lima belas hari hamba Dato’ pun sampai dari Sambas maka segala surat daripada hadrat Dato’ dan surat Mister Farli dan surat Jan Glas itu maka diberikan pada syaudara hamba Dato’ maka ada sepucuk surat yang Dato’ suruh berikan pada tangan hamba Dato’ maka surat itulah diberikan pada hamba Dato’ maka segala surat2 semuanya hamba Dato’ tatapi maka sangatlah kesukangan hamba Dato’ akan kebajikan hadrat Dato’ itu maka tiadalah terbalas oleh hamba Dato’ maka segala perkara itu telah fahamlah hamba Dato’ maka niat hamba Dato’ siang dan malam sahaja hendak kerjakan keraja Dato’ mana kuasa hamba Dato’ kerjakan jika ada barang suatu kehendak hadrat Dato’ di dalam negeri Terengganu ini mintak hadrat Dato’ beri mari surat barang sebaris boleh hamba Dato’ kerjakan barang yang dapat hamba Dato’ kerjakan dan lagi sudah hamba Dato’ suruh Wan Muhamad berjalan darat mengadap Dato’ pada bulan Zulkaedah maka adalah surat hamba Dato’ dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu boleh hadrat Dato’ tatapi kehendak dan maksud hamba Dato’ maka boleh hadrat Dato’ tolong barang perkaranya boleh hadrat Dato’ panggil Syaudagar Mirangkandu itu berbicara barang sesuatu perkaranya dan lagi boleh hadrat Dato’ periksa surat hamba Dato’ pada Mirangkandu itu suruh berikan hadrat Dato’ maka kemudian dari itu daripada hal dagangan yang di dalam kapal Kapitan Hamilton lagi belum hamba Dato’ sampai maka dijualkan opiun pinta tengah lima puluh peti pada ke bawah Duli Yang Dipertuan maka yang tinggal itu tiadalah Yang Dipertuan mau ambil maka hamba Dato’ fikirkan opiun itu jikalau hamba Dato’ tiada ambil maka jadi kerugian besarlah Misteri Farli itu maka jadilah hamba Dato’ ambil jika harta orang lain tiadalah hamba Dato’ ambil jenis opiun itu maka sekarang ini hamba Dato’ ambil seperti harga yang di dalam surat Kapitan Hamilton bawa itu maka tiadalah hamba Dato’ memberikan laba di atas seratus tiga puluh sebab opiun itu kurang sedikit dan lagi kurang timbangnya sehingga opiun dan sendawa itu tiada hamba Dato’ memberi laba pada seratus tiga puluh dan kain putih mal2 seratus kodi itu hamba Dato’ beri laba pada seratus tiga puluh laba serta belanja di atas dagangan kesemuanya hamba Dato’ memberi seperti di dalam surat hadrat Dato’ itupun jika Misteri Farli suka jikalau tiada suka Misteri Farli itu mintak hadrat Dato’ beri mari surat akan hamba Dato’ boleh hamba Dato’ bayarkan dan lagi hamba Datuk hendak suruh kapitan itu pergi ke China maka menanti timah dari Palembang itu pun tiada sampai barang sebuah jua pun perahu hamba Dato’ pada sembilan haribulan Istimbar maka belum lagi sampai mari maka jadilah tiada boleh berlayar ke China maka itulah hamba Dato’ muatkan lada sepenuh2 kapal itu sehingga seribu tujuh ratus pikul dan lagi timah sedikit dan yang lain kesemuanya emas urai hamba Dato’ beri suruh balik ke Pulau Pinang maka kesemuanya jadi jumlah harga dagangan itu lima laksa dua ribu enam ratus dulapan rial dan lagi akan hadrat Dato’ memberi surat kepada Misteri Farli jika ada kesukaan Misteri Farli hendak bersyarikat atau hendak di atas seratus tiga puluh pinta Misyteri Farli beri mari seperti surat daftar jenis dagangan yang hamba Datuk kehendaki itu ada daftarnya segala jenis hamba Datuk beri pergi kepada Kapitan Hamilton itu dan lagi segala perbuatan Kapitan Hamilton itu boleh hadrat Datuk periksa Jerabas Yakut daripada hamba Datuk malu akan hadrat Datuk dan Misteri Farli maka hamba Datuk layani juga jika ada tahun kehadapan ini Misteri Farli beri mari pinta kapitan yang tahu bahasa Melayu sedikit2 dan lagi bicara Kapitan Glas itupun di dalam dua tiga bulan ini hamba Datuk bawa segala surat daripada khat Kapitan Glas itu mendapat hadrat Datuk supaya boleh hadrat Datuk ketahui dan demikian lagi hamba Datuk pohonkan belerang barang lima ratus pikul pinta beri mari sampai ke Terengganu dengan bicara hadrat Datuk jua ahwal inilah hamba Datuk maklumkan kehadrat Datuk tamat diperbuat surat ini pada dulapan belas haribulan Zulhijah hari Khamis tiadalah sesuatu tanda hayat hanyalah kain besar sehelai akan hadrat Datuk akan jadi barang2 gunanya seperti rumput sehelai jua adanya tamat
No comments:
Post a Comment