Alhamdulillah rab al-‘alamin Sultan al-fadil zi al-amin al-badil al-bahir mala` za al-saghair wa al-kabair himayat al-ri’ayat wa kaman mahasin al-baraya mi’dan al-fadil wa al-‘ataya jimalat al-millat a’la wa al-din wa ‘ala al-himmat jalal al-din ‘imad al-malik wa al-shayatin shams al-islam nasyir al-liwa` al-‘adl ‘ala al-mazalim kahf al-fuqara` wa al-masakin wa iqam sultan ams bi nusrat rab al-‘alamin seperti firman Allah Ta’ala dalam Quran al-‘azim al-rahman ‘allam al-quran ‘allamah al-bayan al-shams wa al-qamar bi husban wa al-najm wa al-shajar yasjudan shahidan amma ba’d
adapun kemudian dari itu maka titah Dato` Bendahara Putih dalam daerah negeri Sungai Terab yang tera’la lagi ma’la dalam alam Minangkabau barang yang diwasilkan Allah Subhanah wa Taala kiranya kepada Orang Kaya Ampang Lima serta Penghulu Nan Dua Belas dalam negeri Padang serta Orang Kaya Komandor Masykarim yang memerintahkan tanah barat Pesisir Sumantara Andalas maka sangat sejuk sangat afiatlah hamba dalam daerah negeri Sungai Terab Darul Salam pada Orang Kaya Komandor Masykarim tinggal dalam daerah negeri Padang seperti tempa kompeni Olanda dahulu hendaklah didirikan oleh Orang Kaya Komandor Masykarim adapun pasak hamba tempa Kompeni Olanda dahulu nan seribu suatu musan apat kepada hamba jikalau putih hati Orang Kaya Komandor Masykarim hendaklah didirikan sepeti tempa dahulu kerana Dato Bendahara Putih dalam daerah negeri Sungai Terab sangatlah sejuk sangat afiat pada Orang Kaya Komandor Masykarim duduk di negeri Padang jika barang apa perniagaan janganlah kuasa membawa ke negeri Padang supaya hamba turunkanlah syaugar hamba dari gunung itulah titah kepada Orang Kaya Ampang Lima serta Orang Kaya Komandor Masykarim tamat wallah A’lam
Lagi pun titah Dato’ kepada Orang Kaya Ampang Lima pada pihak kain tenun darat dilarang oleh Orang Kaya Ampang Lima seboleh2 pinta hamba kepada Orang Kaya Ampang Lima ada lima beban dibawa oleh kandung orang hamba Orang Kaya Raja Makota serta nan mengiring dia itulah titah hamba tamat wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment