Monday, July 27, 2020

Surat Raja Siak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.131) berkaitan pembelian kapal tembaga (21 Ramadhan)

Ini surat tulus ikhlas yang terbit di dalam qian  kalbu iaitu dari dalam Kota Cahaya Permata sampai kepada pihak sahabat kita Komodor  Lat  di Pulau Pinang bahawa sungguhnyalah kita menerima kasih kepada sahabat kita kerana sudah terlihat surat sahabat kita kepada Wan Hasan yang sahabat kita kirimkan kepada maka kita bukakan urainya  maka terhamburlah mutiara kepada tiap2 satarnya maka terbukalah kalbu yang mendengar dia 

kemudian barang ketahui sahabat kita bahawa Misyter  Lan  itu ia lari dari pada kita bukan dengan pengetahuan tetapi sekalian khabar sudah tersurat kepada surat dahulu belum sampai lagi surat sahabat kita kepada kita sekarangpun jikalau ada kasih sahabat kita akan lagi bahawa kapal itu hendaklah sahabat kita tukarkan dengan kapal yang lain yang ada bertembaga harap kita akan sahabat kita tangan kita jikalau berapa lebih daripada kapal yang ditukar itu dengan kapal yang lain maka tambah akan amparidi  dan lagi akan ganda  yang disuruh perusah  oleh Misyter Lan itu kemilau  dah jikalau ada kasih lagi sahabat kita akan kita hendaklah sahabat kita ambil emas kita kepada tangan sahabat kita sahabat kita beri kepada kejerakan  kita yang lain arta  kita lebih dari itu biar tinggal dahulu kepada tangan sahabat kita akan kepada yang dibawa lari oleh mister Lan jikalau dapat kepada yang lain hendaklah sahabat kita tukarkan carikan Kapitan Perangsua dan jikalau tiada dapat yang baik hendaklah sahabat kita suruh baik kepada yang dibawa Mister Lan itu jikalau ada lagi kasih sahabat kita akan kita hendaklah dengan segeranya sahabat kita suruh gajah sahabat kita carikan kepada Perangsua  kerana ia orang kita dan lagi akan belanja kapal itu kepada sahabat kita harap kita akan Allah dan akan Rasulullah kemudian harap kita akan sahabat kita dan akan khelas  itupun dengan pengetahuan sahabat kita dan bemira  sahabat kita kerana ia di Pulau Pinang jua di maka2 atab  kepada misyter Lan sudah kepada tangan Kapitan Perangsua itupun sahabat kita ambil kepada tangan sahabat kita kemudian sahabat kita kirimkan dengan Misyter Lan kepada kita jikalau lagi kasih sahabat kita akan kita itulah pesan kita kepada sahabat kita tersurat surat ini kepada bulan Ramadhan kepada dua puluh sehari malam dubana  waktu isya pukul sepuluh setengah tamat al-kalam bi al-khair tamat

No comments:

Post a Comment