Sunday, July 26, 2020

Surat Sultan Alamuddin Shah Siak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.130) berkaitan perdagangan (Sabtu, 27 Jamadil Awal 1206 / 21 Januari 1792)

Ya Fathah al-Qulub

Ya ilahi ya qadiya al-hajat al-salam qabl al-kalam ba’d al-lail wa al-ayyam barakat Muhamad Sayyid al-anam iaitu daripada Seri Sultan Alamudin Shah Raja Muda Siak yang memeritahkan  Siak serta dengan daerahnya teluk rantaunya datang kepada sahabat kita yang istirat  al-khair di dalam negeri Pulau Pinang Darul Aman yang telah beroleh kemuliaan Tuhan Rab al-‘aras  al-‘azim ya khair al-nasirin syahadan berdirilah izzatnya kepada segala hari siang dan malam maka termashurlah  namanya kepada sekalian negeri yang lain dan inilah sihat dengan sejahteranya serta nama yang kebajikan dan amat mengasih dan mengurnia kepada segala gharib dan ba’id serta qarib maka adalah perangai yang dedemikian  itu upama  matahari yang cemerlang cahayanya kepada segala alam dunia ini maka bahawa tamninah  dan jisiah  kita seketika ataupun tiadalah kita peroleh daripada nama lupa dan lalai fi al-lail wa al-ayyam barang dikekalkan Allah kepada pangkat yang kemuliaan dan martabad  yang kebesaran selama daiman muabbad ila yaum al-din kepada menghubungi tali muhibat al-lail wa al-ayyam amin ya rab al-‘alamin kita melayangkan sahifat al-ikhlas wa tahifat al-janas ya rab al-‘alamin wa ba’dah 

daripada itu barang takrif kiranya syahabat  kita ada kita menyuruhkan Orang Kaya Megat Makota serta dengan Haji Muhamad Duli kepada sahabat kita jikalau ada tulus dan ikhlas serta dengan putih hati sahabat kita kepada kita akan hal kita mitak  tolongi kepada sahabat kita jikalau ada dagangan barang berapa adanya tulus hati sahabat kita kepada kita dan lagi jikalau ada akhwalnya  maksud sahabat kita hendaklah diakhbarkan  kepada Orang Kaya Megat Makota serta dengan Haji Muhamad Duli kerana boleh menjadi tali kepada kita tarikh sanah 1206 tersurat kepada tahun wau dan kepada dua puluh tujuh hari bulan Jamadil Awal kepada hari Sabtu kepada waktu Dhuha

No comments:

Post a Comment