Ya Qadi al-Hajat
Fa hazihi waqat al-ikkhlas wa tuhfat al-ajnas serta tulus ikhlas dengan suci hati daripada Tengku Muda Muhamad Said yang duduk di nenggeri Aceh pada daerah bandar Teluk Semawi barang diwasilkan Tuhan kita yang menjadikan sembah sekalian alam kepada mahabat kita senyor Gunador kiyani tuan yang amat setiawan lagi demawan serta arif bijaksana daripada memerintahkan berkasihan2 kepada segala sahabat handai taulannya yang mengasihani2 anak dagang yang keluar masuk di dalam nenggerinya lagi limpah dengan murah hati pada segala fakir dan miskin qarib dan ba’id maka diumpamakan seperti sepohon kayu yang besar lagi tingginya di tengah padang amat rompak lagi rendang daunnya dan harum bauannya bunganya dan manis buahnya maka berpawunglah di bawahnya segala hamba Allah yang pergi datang maka masyhurlah warta ihsan hal keadaannya yang demikian itu pada segala bandar nenggeri yang lain itupun maka sekalian pumqujak syukurlah sekalian itu bangadahkan tangannya kedua ke langit barang dikekalkan Tuhan kita jua apa kiranya pekerjaannya yang demikian itu adanya wa ba’d
kemudian dari itu akan hal ahwal hamba suruh sebuah perahu banting ke Pulau Pinang muat beras ada sedikit lagi pinang balau pun ala ada sedikit lagi miak pun ada sedikit ikhtiar sahabat beta jangan sahabat berikan lambat kerana nenggeri Teluk Semawi dalam peperangan dengan orang nenggeri yang membawa perahu syaudara hamba Abdullah itulah nakhoda akan harga dagangan jangan sahabat berikan dagangan sahabat kasihkan ringgit kerana hamba suruh belikan dagangan yang kacak2 lagi hamba suruh belikan po murah yang baik barang dua pasang lagi remtaka besi dua pasang tetapi jangan sahabat beri lambat saudara hamba di Pulau Pinang dalam empat lima hari lagi ubat bedil janji dengan kerani barang dua kipar dengan segeranya lagi peluru remtaka sahabat kirimkan barang empat lima ratus bagi harga tuan bubuh tuan ambil pada harga beras jikalau murah harga kain putih yang halus sangat barang sekayu satu pun tiada jendamata hanya seluar suti Pesangan ada sebuah tanda hayat tamat
No comments:
Post a Comment