Wednesday, July 22, 2020

Surat Datuk Bendahara Putih Minagkabau kepada Mister Crisps (MS 40320/11, f.122) berkaitan hubungannya dengan kompeni Inggeris (1799)

Alhamdulillah Sultan al-fadil al-zahid al-amin al-bar al-bahir mala’ zu al-saghair wa al-kaba’ir jamal al-du’a wa kamal mahasinuh al-bar ya ma’dan al-fadl wa al-‘ataya jamal al-millat ‘ala’ al-din wa ‘ala al-hamah jalal al-dunya wa al-din ‘imad al-malik wa al-shayatin shams al-islam nashir al-lu’ al-‘adl ‘ala al-mazalim kahf al-fuqara’ wa al-masakin wa iqam al-sultan al-malik al-‘alam bi nusrat rab al-‘alamin seperti firman Allah Ta’ala dalam Quran al-‘azim al-rahman ‘allam al-Quran khalaq al-insan ‘allamah al-bayan wa al-shams wa al-qamar maka diturunkan Allah Ta’ala raja itu belum turun ke dunia lagi awang  kemawang  maka befirman  Allah Ta’ala khalaqna al-jin wa al-ins maka jadilah jin dan manusia maka diturunkan Allah Ta’ala seekor burung nasar  lagi tahu berkata2 masa itu mencari tanah daratan ialah yang bernama Pulau Langkapur antara Palembang dengan Jambi seorang bernama Simaharaja Alif seorang bernama Simaharaja Dipang seorang bernama Simaharaja Diraja ialah anak cucu Raja Iskandar Zulqarnain khalifat Allah fi al-‘alam Johan Berdaulat bi ‘inayat salamahu Allah ‘ala al-dawam bibarakat Muhammad Sayyid al-anam amin ya rab al-‘alamin maka bertiuplah angin daripada pimtu  nafas Rahman daripada tanam tanaman syurga jannat al-firdaus maka terkibarlah bauan yang harum firasat yang mulia terbukalah fuad qalbi yang hakiki terlebih daripada cahaya bulan dan matahari ialah sultan yang menaruh makota  dan qamar ialah sultan yang menaruh tanam sepesan lagi memintakkan darinya sepintak setahun ialah sultan yang menaruh lembing  lembuar  dan tetaran  segera ialah sultan yang menaruh emas jatuh jati patah dalak pendakangnya ialah sultan yang menaruh nak taran ialah sultan yang menaruh corak cemandang kiri sumbangnya seratus sembilan puluh pemancung sakti mona ialah sultan yang menaruh kaya kamat yang dibahagi tiga bahagi ucapnya di negeri China pangkornya di benua Rom pertengahan ialah pada Sultan Iskandar Zulqarnain wa ba’d 

adapun kemudian dari itu maka inilah alamat surat daripada wajah darjat al-a’la lagi karim iaitu Datuk Bendahara Putih yang mempunyai tahta kerajaan dan kebesaran dalam alam Minangkabawi di gunung negeri Sungai Terab Darul Salam jua adanya syahadan bahawa barang disampaikan Allah kiranya datang kepada sahabat setiawan kami rangkaya Komondor Mister Kerips kepala yang memerintahkan sekalian daerah pesisir tanah Sumatera Pulau Andalas mahrusiah Negeri Padang ini serta Rangkaya Panglima Cahaya Raja dan serta Penghulu Nan Dua Belas dan serta sekalian syaudagar yang berjabatan pada negeri ini adanya perihal kami menurunkan surat istimi ini serta kemanakan kami yang jadi wakil mutlak kami ini adalah menjapat seperti isti’adat yang telah dibiarkan daripada zaman perbukala dahulu2 lalu kepada sekarang upati Nan Seribu semusan sekarang hendaklah dikasihkan oleh sahabat kami kepada wakil mutlak kami ini seperti bagaimana yang telah dibiarkan daripada zaman Komondor Wilanda yang diam pada negeri ini adanya maka janganlah diubah2 dan dipertukar2kan oleh sahabat kami jua adanya tamat al-kalam bi al-khair
Wa sallallah ‘ala sayyidina Muhammad wa alihi wa sahbihi ajma’in
Sertalah rapat sekalian laras mengiring dianya

No comments:

Post a Comment