Friday, July 17, 2020

Surat Yang Dipertuan Muda Raja Inderagiri kepada Francis Light (MS 40320/11, f.113) berkaitan hubungan dagang Pulau Pinang dan Inderagiri (Sabtu, 1 Zulhijah 1203 / 22 Ogos 1789)

Ya Qadiya al-Hajat

Ini surat tanda iaitu daripada Yang Pertuan Muda Raja Inderagiri berkirim tabi’ banyak2 datang kepada sahabat kita dan iaitu Tuan Raja yang mempunyai perintah di Pulau Pinang 

melainkan adalah kita hendak bersahabat dengan Tuan Raja yang empunya perintahnya dalam negeri iaitu di Pulau Pinang selagi ada peredaran cakerawala dan iaitu bulan dan matahari melainkan hendaklah sahabat kita menyuruh berniaga ke Inderagiri barang satu perahu serta melihat bandarnya Inderagiri kerana kita mau berkasih kasihan dengan sahabat kita iaitu Tuan Raja empunya perintah dalam negeri di Pulau Pinang adanya dan jikalau tiada sahabat kita hendak menyuruh ke Inderagiri berniaga maka hendaklah kita mau berutang opiun  barang dua peti dan serta dengan dagangan dan iaitu daripada kain putih dan kain hitam syahadan akan hal harganya mana2 yang berpatut leta’kan  daripada harganya maka inilah kita menyuruhkan Panglima Perang dan iaitu namanya Cik Shamsudin orang Inderagiri kemudian intaha kalam sudahnya surat ini pada sehari bulan Zulhijah pada hari Sabtu pada waktu duha pada hijrat al-nubuwwah tarikh haza  1203 sanah

No comments:

Post a Comment