Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang
bahawa adalah pada empat belas haribulan Muharam ini mari surat adik beta Raja Muda mengatakan ada perahu orang jahat tiga belas haluan duduk di Pulau Panjang Kuala Perlis mari tangkap orang terbit cahari ikan di Kuala Perlis itu sudah boleh akan orang jahat itu tiga buah sampan orangnya dua belas yang sudah ditangkap orang jahat itu maka ada perahu orang Cina balik mari dari Pulau Pinang itu pun dirampas orang jahat itu lepas tubuh orang Cina itu sahaja maka sudah beta suruh Laksamana siap perahu hendak suruh orang keluar payar maka sahabat beta pun maulah suruh perahu Jaga2 tiga empat buah keluar payar jangan jadi kesakitan segala rakyat2 berulang pergi cahari makan ke Pulau Pinang dan segala rakyat yang cahari ikan maka itulah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat pada lima belas haribulan Muharam hari Isnin tamat
No comments:
Post a Comment