Wednesday, December 9, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.216) berkaitan timah curi yang dijual (Sabtu, 30 Zulkaedah)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


bahawa akan surat sahabat beta beri mari serta timah tiga bahara itu sudahlah sampai beta suruh terima maka tersebut di dalam surat sahabat beta kata Bendahari Muhamad Lebai curi timah dari Kuala Muda suruh Husin Lebai dan Lebai anak Kanju Tambi bawa pergi jual ke Pulau Pinang pada Hasan Kandu akan Husin Lebai dan Lebai anak Kanju Tambi itu sudah sahabat beta tangkap bubuh dalam gedung maka Bendahari Muhamad Lebai itu pun sudah beta suruh ambil bawa mari beta suruh periksa katanya tiada ia suruh jual inilah beta pinta sahabat beta beri mari Husin Lebai dan Lebai anak Kanju Tambi itu boleh hendak diperiksa berhadapan dengan Bendahari Muhamad Lebai supaya timbul benar salah boleh beta hendak hukumkan atas yang jahat itu akan Hasan Kandu itu pun pinta sahabat beta beri mari bersama sama boleh hendak diperiksa sama lagi banyak aduan orang atasnya dan hutang pada beta pun banyak itulah beta nyatakan perbuat surat pada tiga puluh haribulan Zulkaedah pada hari Sabtu tamat

No comments:

Post a Comment