Thursday, December 17, 2020

Surat kepada Orang Kaya Setia Cahaya Alam dan Orang Kaya Kapitan (MS 40320/7, f.237) berkaitan perniagaan di Kuala Bahang

Ya ‘Aziz

Kekanda maklumkan ahwal perniaga bandar Kuala Bahang apabila dapat disatukan di dalam perintah Orang Kaya Setia Cahaya Alam dan Orang Kaya Kapitan pada setahun boleh diperniagakan sepuluh laksa bahara 


maka diambil laba pada sepuluh dua dua laksa bahara boleh faedah maka yang demikian itu mahal adanya kerana kapal Keling itu serah suku pada sebuah kapal miskin pun [tidak jelas] bahara ada demikian lagi kapal segala orang Putih Inggeris Surati dan wangkang senta kici perahu gala Sayid dan Bugis Minangkabau segala negeri kecil2 tiada terhisab oleh kita yang kekanda sudah kira2 pada setahun perintah selemberam tiga puluh laksa emas perniaga dia di dalam itu diambil belian dalam dan kharajat dan dalal sekalian selaksa dua ribu lebih kurang pa[tidak jelas] dipersembahkan dalam bahagian dua lain daripada itu belanja luar demikian lagi perniaga selima lebai dan sekalian Raja menteri saudagar tiada terhisab itulah maka kekanda kata besar perniaga Kuala Bahang jika sekiranya dijadikan cukai pada seratus lima atau lebih kurang pun besar perolehan faedah di atas negeri kita masa negeri baik lagi sekarang pun jika ke bawah Duli To’ Raja Yang Maha Mulia tiada percaya kerja Orang Kaya kedua memerintahkan kerja itu jua dalam berdatang sembah dipinta akan perhamba dengan sekalian anak cucu mengaku bersama sama Orang Kaya kedua jika sekiranya ada khianat Orang Kaya kedua biar sekalian perhamba dijual Raja supaya boleh perhamba sendiri pergi bersama sama dengan Orang Kaya kedua ditetabkan segala anak cucu perhamba masing kerja ditentukan diserah beri nama Orang Kaya kedualah menyuruh serta dengan surat cap Orang Kaya kedua maka perhamba umpamakan kerja negeri besar2 seperti Madras Penghulu memegang air dan Penghulu kayu api dan Penghulu beras masing tentu jabatan tiadalah boleh lulus fitnah dan tiada boleh susut faedah Raja boleh Orang Kaya mari berkira2 dengan Raja demikianlah adanya di dalam itu lebih Orang Kaya kedua biasa di negeri besar2 sekadar kekanda berbuat pandai sahaja apabila jadi benar pada hadrat adinda maka dinyatakan Orang Kaya itu boleh muafakat berdatang sembah supaya segera ramai jadi besar bandar Raja tamat

No comments:

Post a Comment