Tuesday, December 8, 2020

Surat Dato Kaya Kuala Batu Bahara kepada Francis Light (MS 40320/7, f.213) berkaitan orang yang lari ke Pulau Pinang (1793)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta kasih yang tiada berkeputusan serta punya tabik banyak iaitu daripada Dato’ Kaya dalam Kuala Batu Bahara barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala apalah kiranya ke bawah keseri patua  Dato’ Nador yang memerintah kebesaran dalam bandar Pulau Pinang serta dipanjangkan Tuhan sarwa alam sekalian umur zaman Dato’ itu serta bertambah2 sihat dan afiat supaya boleh kekal berkasih2han daripada segala sahabat karib dan ba’it  amin thumma amin wa ba’d 


daripada itu barang maklum kiranya kadam Dato’ maka adalah saya maklumkan secarik kertas ini ke bawah kadam Dato’ maka adalah Encik Mat saudara Encik Muhamad Kusasi  itu datang ke Batu Bahara maka dengan takdir Allah hamba Dato’ kalah  dengan berperang lagi pun ia bersaudara dengan Syahbandar Adam genap kali ia datang tiada ia punya busuk hati maka ini terlalu dia punya hati terlalu busuk dia larikannya saya punya teman sembilan orang berdua ia melarikan dengan si Johar  ia punya kawan saya punya tabik ke bawah kadam Dato’ jikalau ada sungguh Dato’ samakan Pulau Pinang dengan Batu Bahara jikalau ada ia dalam Pulau Pinang Dato’ pegang Cik Mat dan Si Johar itu serta dengan orang sembilan orang itu pertama namanya Juru Batu Dah  dan Mak Ajang  dan Si Mat dan Kaih  dan Si Itam dan Si Patam dan Si Mani dan Mek Alang dan Si Aban  itulah namanya akan hal seperti adatnya Pulau Pinang dengan Batu Bahara tiadalah saya salahi jikalau Encik Muhamad hendak pulang ke Batu Bahara jikalau benar kepada kadam Dato’ serahkanlah budak itu kepada Encik Muhamad jikalau tiada hamba Dato’lah kemudian mengadap kadam Dato’ suatupun tiada yang dipersertakan dengan akhir kalam hanyalah tikar bidai ada segulung tanda putih hati adanya tamat

No comments:

Post a Comment