Wednesday, December 2, 2020

Surat Sultan Muhamad Jiwa kepada anakanda (MS 40320/7, f.191) berkaitan perniagaan di Kota Kuala Bahang (Jumaat, 22 Rabiul Awal)

Alhamdulillah

Barang mafhum hadrat paduka anakanda Sultan 


akan Kota Kuala Bahang dengan segala perniagaan orang Putih dan Aceh dan Bugis dan Mengkasar telah paduka ayahanda serahkan pada Kapitan Perangsis Laik dan Nyonya dan Saudagar Muhamad Mir Husain perintah jual beli akan paduka ayahanda lain daripada bangsa itu dalam perintah hadrat paduka anakanda lalu ke bandar Setu maka barang paduka anakanda kehendaki dinyatakanlah pada Kapitan dan Nyonya dan saudagar beri tentu selagi ada hayat paduka ayahanda perintah perniagaan seperti dalam surat istemi paduka ayahanda serahkan kapitan dan nyonya paduka ayahandalah punya perintah jangan paduka anakanda beri gendala kerja orang tiga itu insya Allah Ta’ala dan disebutnya segala hal paduka anakanda paduka ayahanda ada sudi menolong paduka anakanda pergi surat dua likur hari bulan Rabiul Awal hari Jumaat tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment