Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa ini surat daripada Duli Yang Maha Mulia yang semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan kita sarwa sekalian alam kehadapan sahabat kita Senyur Gobernor yang mempunyai perintah dan kebesaran di dalam bandar negeri Pulau Pinang sahadan barang dipeliharakan Tuhan kita Malik al-Manan daripada marabaya fitnah dunia sekalian amin wa ya khair al-nasirin
adapun kemudian daripada itu barang istifham kiranya sahabat kita akan hal kita memberi khabar kepada sahabat kita ada budak kita dibawa oleh Abdullah ke Pulau Pinang dua orang namanya si Kotok seorang dan si Bali seorang maka sampai ke Pulau Pinang maka diambil orang Bugis yang bernama Pebicara maka orang itu tiada sebab utang piutang dengan orang Bugis itu kerana sudah selesai dibicara di dalam Selangor dengan segala orang tua2 kita yang di dalam Selangor maka sekarang hendaklah tolong sahabat kita minta budak kita kepadanya yang dua orang itu maka sahabat kita lepaslah dia ke Selangor barang mana ada perahu ke Selangor dengan setahu sahabat kita juga adanya menumpangkan dia hubaya2 jangan tiada sahabat kita tolong yang seperti di dalam surat kita itu intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam
No comments:
Post a Comment