Friday, December 18, 2020

Surat Encik Tim kepada Francis Light (MS 40320/7, f.242) berkaitan timah di Selangor

Qawluhu al-Haqq

Kirim tabik banyak2 serta tulus ikhlas putih hati yang tia[da] berhingga daripada siang dan malam pagi dan petang iaitu daripada Encik Tim dalam negeri Selangor datang kepada Tuan Gurnador di Pulau Pinang yang amat mengasihi segala sahabatnya dan dagang yang pergi datang ke Pulau Pinang serta termasyhurlah kepada segala negeri yang lain2 murah makmurnya Tuan Gurnador itu merintahkan Pulau Pinang itu 


adapun kemudian daripada itu baru tahu kiranya Tuan Gurnador mengakal sahaya ke Pu ke Pulau Pinang itu maka sekarang ini tiadalah boleh lagi sahaya pergi kerana banyak lagi susah sahaya lagi kepada hati duduk di Selangor ini sama juga duduk di Pulau Pinang barang tuan hendak suruh2lah boleh sahaya kerjakan dia dengan boleh2nya sekarang timah dalam Selangor setahun tiga empat ratus bahara jika tuan suka suruhlah perahu ke mari seboleh2nya sahaya kerjakan kerja Tuan Gurnador itu kerana hati sahaya tiadalah sahaya ubahkan kepada Tuan Gurnador dan lagi Tuan Gurnador katakan kepada Kapitan Skat adapun tapak tangan tanda beritahukan kepada Yang Petuan2 suruh kirimkan kepada Kapitan Gray mi[n]ta sukara tandil yang menaruh tapak tangan itu bukan perbuatan sahaya hendak memberi malu Kapitan Skat dan lagi suatu pun tiada tanda hidup daripada sahaya ada ikan kering lima ikat banyak dua ratus ekor tanda putih hati kepada Tuan Gurnador sahaja tiada dengan sepertinya lagi dua ikat banyaknya seratus ekor tuan tolong berikan Kapitan Skat tanda putih hati sahaja kepada Kapitan Skat bagai selamanya juga tamat

No comments:

Post a Comment