Wednesday, December 2, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.189) berkaitan adat membayar cukai membawa hamba

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang daripada ayahanda Laksamana kepada anakanda Orang Kaya Kapitan Laik Dewa Raja yang bijaksana pada memerintahkan memberi kebajikan pada segala hamba Allah 


maka adalah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia suruh anakanda dan ayahanda memberitahu pada hal segala adat dan perintah negeri ini kepada Orang Besar Han Rabi Mongtan itu maka sekarang ini Cina dari Lengu membawa budak2 dua belas orang maka hasil negeri pada seorang budak2 yang dibawa masuk mari itu jika tiada Raja dan wakil Raja penggawa itu ambil di sana ayahanda ambil bawa pergi sembahkan dua rial pada seorang budak akan hasil ayahanda seemas pada seorang ini segala budak itu sudah penggawa ambil di sana serta diberinya surat cap pada Cina itu maka tiada dipatuhnya diambil pula pada seorang tiga2 emas jadi kesakitan hamba Allah kasihan miskin maka kerja itu maulah anakanda nyatakan jika tiada surat Raja dan Penggawa maka kita ambil jika ada surat itu tiada boleh diambil kerana titah sudah suruh kerja sudah jadi adat selamanya ahwal inilah ayahanda nyatakan pada anakanda tamat

No comments:

Post a Comment