Ya Aziz al-Karim
Alamat surat dari dalam negeri Buluh Cina daripada Datuk Orang Kaya Ali yang hina dan lagi da’if daripada sekalian yang da’if menyuruh satu perahu bermuat belerang Nakhoda Merusan tiga puluh tiga bahara ke dalam bandar Pulau Pinang kepada sahabat sahaya Datuk Gurnador yang mempunyai takhta kerajaan dan kebesaran dan kemuliaan daripada Tuhan kita yang aziz al-karim maka barang dilanjutkan Allah umurnya serta sihat dan afiat dan lagi menghukumkan hukum yang adil kepada segala dagang senteri kaya dan miskin
akan hal belerang yang tiga puluh tiga bahara itu mana bicara sahabat sahayalah Datuk Gurnador akan hal belerang itu kemudian lagi jikalau ada boleh sahabat sahaya carikan pemuras sepasang yang panjang dan ubat belanda barang serial barang berapa harganya berikan kepada Nakhoda Merusan suatu pun tiada tanda alamat daripada sahabat Datuk Gurnador hanyalah kacang seratus gantang tamat
No comments:
Post a Comment