Friday, December 11, 2020

Surat Penggawa kepada Francis Light (MS 40320/7, f.219) berkaitan jual beli timah di Salang

Cit daripada Penggawa sampai kepada Dato’ Gurnador 


ahwal adalah perhamba nyatakan kepada Dato’ fasal Kapitan Kan Angni dan Kapitan Andi beli jual timah dalam Salang adalah kadar enam tujuh puluh bahara maka dikehendak orang Salang cangkab dan segala adat timah yan dikira2nya dua bahara empat kupang maka Kapitan kedua tiada mau beri hendak bertanya kepada Dato’ Gurnador kata Kapitan kedua jika sudah adat selama2 ini hendak timbang kepada Dato’ suruh antar ke Salang jika tiada adat hendak ambil surat Dato’ nyatakan kepada Raja Salang maka dikehendak orang Salang orang mengaku tiada mau dilepasnya Kapitan itu turun sampai hendak berkelahi maka perhamba lihat jadi bersalahan kerana sedikit maka perhamba muafakat dengan Cusu mengaku pada orang Salang jika kapitan itu tiada sungguh kepada Dato’ itulah pernyatakan kepada Dato’ jika sudah adat pinta Dato’ ambil serahkan kepada kerani jika tiada adat perhamba pohon surat Dato’ nyatakan kepada orang Salang supaya lepas perhamba dengan Cusu akan segala perintah itu ada surat bahasa Siam diperbuat orang Salang beri kepada Kapitan kedua itu bawa kepada Dato’ boleh ketahui tamat

No comments:

Post a Comment