Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta putih hati selagi ada perhiasan bulan dan matahari iaitu daripada Sahbandar Adam yang da’if dalam Kuala Batu Bahara kampung Bukuk barang disampaikan Tuhan sarwa alam sekalian apalah kiranya kepada hadrat Dato’ Nador yang istirat al-khairi memerintah kebesaran dalam bandar Pulau Pinang dan serta dipanjangkan Allah Subhanah wa Ta’ala umur zaman Dato’ itu supaya dahir berkasih2han dengan segala sahabatnya karib dan ba’it amin thumma amin wa ba’d
daripada itu maka adalah saya menyatakan tulus dan ikhlas kepada hadrat Dato’ akan hal surat kadam Dato’ yang dibawa Kasim itu telah sampailah kepada hamba Dato’ maka hamba Dato’ tatap dalam genap perkaranya maka tersebutlah kadam Dato’ menghendakkan anak cucu Mak Bunting maka inilah Kasim hamba Dato’ suruhkan mengadap kadam Dato’ serta membawa si Campa serta dengan lakinya maka adalah lambat Kasim itu mengadap kadam Dato’ kerana susah Dato’ Kaya hendak berperang akan hal hamba Dato’ hendak mengadap kadam Dato’ tiada diberi Dato’ Kaya maka inilah Kasim mengadap kadam Dato’ akan hal seperti cucunya emak Bunting ada singgah seorang laki maklumlah kadam Dato’ diamnya kepada ora[ng] lain tiada perintah kepada hamba Dato’ itupun lebih maklum kadam juga anaknya emak Bunting itu berkawin dengan orang lain itulah akan hal cucunya itu suatupun tiada tanda putih hati hanyalah nyior seratus biji adanya tersurat kepada dua likur hari bulan Sawal tamat
No comments:
Post a Comment