Wednesday, December 16, 2020

Surat Seri Nara Diraja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.229) berkaitan permintaan wang (Selasa, 2 Zulhijah 1208 Tahun2 Jim / 1 Julai 1794)

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Seri Nara Diraja merafakkan pada ke bawah hadrat Dato’ Gurnador yang mulia lagi aziz 


ahwal maka adalah hadrat Dato’ beri mari surat dibawa Misteri Hatan itu telah sampailah pada hamba Dato’ maka tersebut dalamnya hadrat Dato’ pinta rial maka hal hamba Dato’ ini barang yang ada sedikit sebanyak dihantar pergi dalam sulap ke Aceh sudah habis diambil Perangsis lebih lagi maklum segala hal hamba Dato’ modal sedikit maka segala hal hamba Dato’ tiada terlindung pada hadrat Dato’ maka duduk sekarang ini tiada dengan suatu perniagaan duduk belanja sehari2 juga dahulu Allah hamba Dato’ harapkan hadrat Dato’lah akan menghidupi segala anak cucu hamba Dato’ jika tiada hadrat Dato’ tunjuki sesuatu jalan kehidupan nescaya matilah segala anak cucu hamba Dato’ kerana tiada tempat hamba Dato’ hendak jemba melainkan hanya pada hadrat Dato’ akan jadi tempat pergantungan hamba Dato’ maka sekarang kata Misteri Hatan tiada berbelanja ia pinta barang dua ratus rial maka inilah hamba Dato’ pinta pinjam pada orang beri akan Misteri Hatan insya Allah Ta’ala lepas raya haji ini hamba Dato’ pergi mengadap hadrat Dato’ ahwal inilah hamba maklumkan perbuat surat pada dua hari timbul bulan Zulhijah hari Selasa sanah 1208 tahun2 jim tamat

No comments:

Post a Comment