Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan cit ke hadrat Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 wa ba’d
dari itu ahwal akan surat serta dengan opiun sepuluh peti dan kapas dua puluh bandela hadrat Dato’ beri mari pada Nakhoda Husna Marikan itu telah sampailah pada hamba Dato’2 terima ambil maka makannya daripada beras padi dan lembu dan barang2 kehendak hadrat Dato’ itu pinta hadrat Dato’ beri mari surat boleh hamba Dato’ beli himpun taruh ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan izzat bertambah2 ‘ala al-dawam perbuat surat hari Jumaat dulapan likur hari bulan Rejab pada sanah 1203 tahun2 ba tamat
No comments:
Post a Comment