Wednesday, December 16, 2020

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS 40320/7, f.228) berkaitan pemergiannya ke Patani (Isnin, 17 Muharam)

 Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidq

Yang Maha Mulia

Kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berputusan daripada cunda Long Ismail datang kepada nenda To’ Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian pada segala negeri sebelah timur dan barat sangat pandai pada memerintahkan segala perkaranya 


kemudian daripada itu ahwal maka akan cunda ini lamalah sudah tiada boleh pergi berjumpa dengan nenda dengan sebab hal sakit demam segala anak cucu dan adik kak maka sekarang ini adalah diberi Tuhan Allah senang sedikit pada fikir cunda bolehlah cunda pergi berjumpa dengan nenda menghilangkan rindu dendam cunda akan nenda maka dengan kehendak Tuhan Allah datang titah duli Yang Dipertuan terjunjung di jemala cunda disuruh cunda bersiap dititahkan duli baginda cunda berjalan naik pergi di dalam bulan ini juga ke sebelah perenggan Patani perintahkan segala dan jalan itu disuruh tunggu jaga tentukan dengan orang yang menunggunya maka pada tujuh belas hari bulan Muharam inilah cunda berjalan pergi apakala balik cunda kelak cunda pergi berjumpa nenda kerana cunda pun tiada lama pergi ini apakala sudah tentu kerja yang dititahkan duli baginda itu cunda perintahkan baliklah cunda mengadap perbuat surat tujuh belas haribulan Muharam hari Isnin tamat

No comments:

Post a Comment